Sekilas
- Pelakon Nad Zainal menyokong penuh cadangan untuk mengembalikan semula peperiksaan UPSR yang dimansuhkan sejak 2021.
- Beliau berkongsi sokongan tersebut di Threads dan menerima respon positif daripada warganet.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan MPPK akan mengkaji semula pemulihan UPSR dan PT3 berdasarkan maklum balas yang diterima.
Pelakon, Nad Zainal menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk mengembalikan semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Menerusi Threads, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin ini turut menyambut baik selepas sekian lama peperiksaan tersebut dimansuhkqn.
“UPSR mungkin dikembalikan semula.
“Bagus! Tolonglah kembalikan,” kongsinya.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih respon warganet yang turut menyuarakan rasa setuju dengan perkara itu.
Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada tahun 2021 ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19 manakala peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan setahun kemudian.
Pada Jumaat, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa kedua-dua peperiksaan itu mungkin akan dikembalikanZ
Ujarnya, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan mengkaji semula perkara itu susulan maklum balas yang diterima mengenai pemansuhannya.
Sumber: Threads