Skip to main content

Hiburan

Uncle Roger Umum bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Uncle Roger

Pelawak kelahiran Malaysia, Nigel Ng, yang terkenal dengan watak ikonik ‘Uncle Roger’, mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas mengesahkan kehamilan isterinya, Sabrina Ahmed. 

Menerusi hantaran di platform Instagram pada Jumaat, Ng, 34, berkongsi berita gembira tersebut bersama imej imbasan ultrasound bayi mereka bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan.

"Anak saudara (nephew) baharu bakal menyusul! Selamat Tahun Baharu Cina dan Ramadan Mubarak," tulisnya, merujuk kepada panggilan "nieces and nephews" yang sering digunakannya untuk para peminat. 

Pengumuman tersebut menarik perhatian dunia dengan menerima ribuan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti antarabangsa, termasuk cef tersohor Gordon Ramsay. 

Ng, yang meraih kemasyhuran global menerusi siri video kritikan masakan "egg fried rice", berkahwin dengan Sabrina, seorang peguam kelahiran Amerika Syarikat, dalam satu majlis gilang-gemilang di Sintra, Portugal pada 19 Julai 2025. 

Pasangan itu sebelum ini mengumumkan pertunangan mereka pada Mac 2025 selepas Ng melamar Sabrina di bawah pohon sakura di Tokyo, Jepun. 
 


Sumber: Astro AWANI

 

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Must-Watch Video

Advertisement