Skip to main content

Hiburan

Ummi Nazeera Pernah Tegur Pelakon Baharu Datang Lambat Ke Set, - “Jangan Buka Aib, Tegur Biarlah Di Belakang!”

fvfgfg

Sekilas

  • Ummi Nazeera pernah menegur pelakon baharu yang lewat sehingga menjejaskan pelakon senior di lokasi penggambaran.
  • Ummi menegaskan pentingnya rasa hormat terhadap pelakon lebih tua dan kru produksi, terutama mengambil kira faktor usia dan keletihan mereka.
  • Teguran sebaiknya dilakukan secara berhemah dan peribadi supaya tidak memalukan individu terlibat, kerana pelakon muda mungkin kurang pendedahan tentang etika di set.

Pelakon Ummi Nazeera mendedahkan dia pernah menegur seorang pelakon baharu beberapa tahun lalu susulan sikap kurang beradab yang memberi kesan kepada rakan pelakon senior di lokasi penggambaran.

Perkara itu dikongsikan Ummi ketika menjadi tetamu dalam podcast SYOK, selepas ditanya oleh hos, Sudir Tahir mengenai pengalamannya berdepan dengan sikap generasi baharu yang didakwa kurang menghormati orang lama dalam industri.

Menurut Ummi, dia tidak kisah sekiranya pelakon muda datang lewat, namun situasi menjadi tidak wajar apabila perbuatan tersebut menjejaskan pelakon senior yang terpaksa menunggu.

“Saya pernah sekali beberapa tahun lepas. Kalau budak itu lambat, saya okay saja.

“Tapi bila dia memberi kesan kepada senior saya yang berlakon watak emak-emak dan terpaksa menunggu dia, saya rasa itu sudah tidak wajar,” katanya.

Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, faktor usia dan keletihan pelakon senior perlu diambil kira, sekali gus menuntut rasa hormat daripada pelakon yang lebih muda.

“Mereka penat, faktor usia. Jadi saya rasa macam awak bukan sahaja tidak hormat kru produksi, awak juga tidak hormat orang yang lebih tua,” jelasnya.

Disebabkan itu, Ummi mengambil keputusan untuk menegur pelakon berkenaan walaupun mengakui dia jarang berbuat demikian.

“Saya ini Ummi Nazeera. Memang jarang sangatlah. Tapi bila dah sampai tahap kurang ajar, memang kena tegur,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ummi bersyukur apabila teguran tersebut diterima dengan baik oleh pelakon berkenaan tanpa sebarang bantahan.

“Saya tegur dan alhamdulillah dia terima dengan sangat baik. Dia tidak melawan atau mempertahankan diri. Jadi saya rasa okay, kadang-kadang kita memang perlu menegur,” katanya.

Dalam masa sama, Ummi menegaskan bahawa teguran seharusnya dilakukan secara berhemah dan tidak di hadapan orang ramai bagi menjaga maruah individu terlibat.

“Kalau menegur, biarlah di belakang. Jangan buka aib dia. Mungkin dia tidak tahu apa yang dia buat itu salah,” katanya lagi.

Ummi turut berpendapat kebanyakan pelakon muda bukan sengaja bersikap biadab, sebaliknya kurang pendedahan mengenai adab dan etika di lokasi penggambaran.

 

Sumber: TikTok Syok Podcast

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Must-Watch Video

Advertisement