Sekilas
- Penyanyi Nubhan berkongsi foto percutiannya di Vietnam bersama seorang wanita yang lebih berusia, mencetuskan spekulasi hubungan cinta.
- Siti Nordiana menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan wanita itu dianggap seperti kakak mereka dalam kumpulan percutian.
- Nubhan mengesahkan wanita itu hanya kenalan rapat yang sudah lama berkawan dan sering bercuti bersama.
Perkongsian penyanyi Nubhan mengenai percutiannya di Vietnam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mengundang pelbagai spekulasi.
Nubhan dilihat memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama seorang wanita yang kelihatan jauh lebih berusia daripadanya.
Gara-gara foto tersebut, rata-rata netizen mula membuat spekulasi dengan mendakwa Nubhan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita berkenaan.
Bagaimanapun penyanyi Siti Nordiana yang turut serta dalam percutian itu tampil menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan wanita berkenaan sudah dianggap seperti kakak mereka.
“Sian kakakku sorang ni ha. Pergi travel tak fasal-fasal kena gosip ek kak,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Siti Nordiana atau gemar menggelarkan dirinya sebagai ‘mader’ turut menegur netizen agar tidak terus membuat spekulasi tidak berasas.
“Korang ni tak baik tau gosip-gosipkan kakak mader ni. Ni kakak kitorang tau!! Babab kang,” ujarnya lagi.
Manakala Nubhan menerusi temu bual dengan sebuah portal hiburan berkata, wanita yang muncul dalam hantaran di Instagram miliknya itu bukanlah kekasih hati, sebaliknya hanya kenalan rapat.
Malah Nubhan mendedahkan mereka sudah lama berkawan dan sering menghabiskan masa bercuti bersama-sama.
Sumber - Threads