Skip to main content

Selebriti

Tun Laila Kurang Selesa Ditanya Tentang Zuriat, Soalan Sensitif- “Saya Masih Tak Biasa Kalau Orang Tegur Dah Berisi Ke?”

Tun Laila Kurang Selesa Ditanya Tantang Zuriat

Sekilas

  • Tun Laila, peguam dan personaliti media sosial, berkongsi rasa kurang selesa apabila diajukan soalan mengenai zuriat terutama selepas baru berkahwin.
  • Tun Laila menegaskan soalan tentang zuriat adalah sensitif dan tidak sesuai ditanya kepada pasangan baru atau lama kerana setiap pasangan ada cara dan waktu masing-masing.
  • Netizen turut bersetuju dengan pandangan Tun Laila yang baru sahaja berkahwin dengan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Haiqal pada 8 November lalu.

Peguam dan juga personaliti media sosial, Tun Laila akui kurang selesa apabila diajukan soalan mengenai zuriat lebih- lebih lagi apabila dirinya baru sahaja berkahwin.

Menerusi perkongsian di TikTok, Tun Laila berpendapat soalan mengenai zuriat tidak sepatutnya diajukan kepada mana-mana pasangan yang baru atau sudah berkahwin.

Malah kata Tun Laila, setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk memiliki cahaya mata bersesuaian dengan situasi masing-masing.

“Saya masih tak biasa kalau ada orang tegur dah berisi ke? Saya sangat rasa janggal sejujurnya.

“Saya rasa itu soalan sensitif. Mendoakan tu tak mengapa. Saya baru kahwin. Soalan itu tak boleh ditanyakan kepada pasangan baru kahwin atau yang dah lama kahwin.

“Setiap pasangan lain-lain. Ntah ntah ada yang merancang, ada yang belum dikurniakan rezeki,” ujarnya.

 

@yarafaee

“dah ada isi ke?” doakannn ok my point still stands huhu 😭😩

♬ original sound - Tun Laila

 Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen  bersetuju dengan pendapat Tun Laila.

 

Untuk info, Tun Laila selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Amir Haiqal pada 8 November lalu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement