Skip to main content

Hiburan

Tun Laila Kongsi Cara Ambil Hati Suami, Kena Pandai ‘ Tackle’ Keluarga Mentua

Astro Gempak 230

Sekilas

  • Tun Laila berkongsi cara mudah untuk ambil hati suami iaitu dengan mengambil hati keluarga mentua terlebih dahulu.
  • Usaha menunjukkan kasih sayang kepada keluarga mentua boleh dilakukan melalui perkara kecil seperti membantu di dapur atau meluangkan masa bersama mereka.
  • Beliau menegaskan layanan terhadap keluarga mentua perlu sama seperti melayan keluarga sendiri supaya suami lebih menghargai usaha tersebut.

Peguam dan pempengaruh Tun Laila berkongsi pengalamannya mengenai cara paling mudah untuk mengambil hati suami selepas hampir memasuki bulan keempat perkahwinan.

Menerusi satu perkongsian video, Tun Laila berkata selain ‘mengikat perut’ suami seperti yang sering diperkatakan ramai, ada satu perkara mudah yang boleh dilakukan iaitu mengambil hati keluarga mentua.

“Cara paling senang untuk ambil hati suami kau adalah untuk ambil hati family dia. Parents dia dan siblings dia.

“My husband, Amir Haikal, bila aku buat baik dengan parents dia dan adik-beradik dia, dia lagi happy. Lebih happy daripada bila aku bersiap untuk dia,” katanya.

Menurutnya, suaminya pernah menyuarakan harapan agar keluarganya menyayangi dirinya, justeru dia merasakan penting untuk menunjukkan kasih sayang terlebih dahulu.

“Aku tahu family dia memang sayang aku, tapi untuk mereka lebih sayang, aku kena sayang mereka dulu. Kena bagi sebab untuk mereka sayang aku,” ujarnya.

Tambahnya, usaha tersebut tidak semestinya melibatkan wang ringgit, sebaliknya boleh dilakukan melalui perkara kecil seperti membantu di dapur atau meluangkan masa bersama keluarga mentua.

“Kadang-kadang tolong angkat pinggan, tolong dalam dapur pun dia dah happy. Tunjuk yang kita kisah pasal family ibu ayah dia.

“Tanya ayah anak nombor berapa, ibu anak nombor berapa pun dah nampak kita cuba kenal family dia,” katanya.

Tun Laila turut berpendapat, layanan terhadap keluarga mentua seharusnya sama seperti melayan keluarga sendiri.

“Saya rasa kena layan family in-law macam mana kita layan family sendiri. Kalau kahwin dengan lelaki yang betul, dia akan sangat menghargai usaha itu.

“Kena baca energy juga. Mereka akan balas balik energy yang sama dan saling menerima,” katanya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

Must-Watch Video

Advertisement