Skip to main content

Hiburan

Tular Video Pergelutan Depan Rumah! Prince Syed Didakwa Dipukul Keluarga Isteri Guna Helmet

dhjd

Tular di media sosial video memaparkan kekecohan dipercayai melibatkan pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed bersama ahli keluarga isterinya, Fatin Syazwani.

Menerusi rakaman berdurasi kurang seminit itu, kelihatan seorang lelaki dipercayai abang kepada Fatin bertindak menyerang dan memukul seorang individu di dalam kereta menggunakan topi keledar, yang didakwa sebagai Prince Syed.

Advertisement

Turut kelihatan dalam video berkenaan ialah beberapa individu lain termasuk seorang wanita dipercayai ibu kepada Fatin, yang dilihat turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, insiden itu berlaku di hadapan kediaman pasangan berkenaan dan dipercayai berpunca daripada pertikaian keluarga yang tercetus sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.

Dalam video berasingan yang tular sebelum ini, wanita tersebut turut mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya itu.

Selain itu, hantaran lain yang turut dikongsi pengguna media sosial mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.

Keluarga Fatin juga didakwa tidak dibenarkan melawatnya dan hanya keluarga pihak suami dibenarkan masuk ke hospital.

Setakat ini, Prince Syed belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden pergaduhan mahupun dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Must-Watch Video

Advertisement