Skip to main content

Hiburan

Tular Peluk Islam 2024, Mualaf Ditemukan Terbaring Sambil Pegang Al-Quran Dipercayai Terhidu Gas Penyaman Udara

Nader Phet

Sekilas

  • Seorang lelaki mualaf dari Thailand, Nader Phet, ditemui tidak sedarkan diri akibat kebocoran gas penyaman udara di rumahnya.
  • Adik Nader, Gisele, yang datang melawat, gagal menghubungi abangnya dan mendapatkan bantuan untuk masuk ke rumah sebelum menemui Nader terbaring di atas sejadah.
  • Nader kini dirawat di ICU selepas mengalami kegagalan fungsi paru-paru akibat terhidu asap dalam kuantiti banyak.

Seorang lelaki mualaf berasal dari Thailand iaitu Nader Phet ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara di kediamannya pada Selasa.

Menurut adik mangsa yang dikenali sebagai Gisele, ketika kejadian, dia tiba di kediaman Nader bagi menziarahi abangnya itu serta mahu memohon bantuan mengangkat barang.

Dia kemudiannya risau selepas usahanya menghubungi Nader gagal selepas abangnya itu tidak menjawab panggilan.

“Kami dan jiran cuba mengetuk pintu serta memanggil namanya, tetapi tiada respons,” kongsinya.

Gisele berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naiknya menggunakan akaun TikTok Nader.

Gisele kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pihak sekuriti kediaman untuk masuk ke rumah Nader sebelum menemui abangnya yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Kongsi Gisele, Nader ditemukan dalam keadaan terbaring di atas sejadah sambil memegang al-Quran, dipercayai tertidur selepas menunaikan solat tahajud.

Nader kemudian dikejarkan ke hospital menaiki ambulans dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, dia terpaksa ditidurkan selepas mengalami kegagalan fungsi paru-paru akibat terhidu asap dalam kuantiti banyak.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement