Aktor Tom Holland dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan sewaktu penggambaran filem Spider-Man: Brand New Day di Glasgow, Scotland, hujung minggu lalu.
Holland, 29, mengalami gegaran pada otak dan penggambaran filem tersebut juga ditunda selepas insiden serta sebagai langkah berjaga-jaga, lapor Deadline.
Advertisement
The Sun pula melaporkan Holland mengalami kecederaan selepas aksi lagak ngeri yang dilakukannya tidak berjaya.
Bintang tersebut didakwa telah terjatuh dan kepalanya terhentak sekaligus mengalami gegar otak sederhana. Namun tiada butiran lanjut dikongsikan.
Bagaimanapun tiada individu lain yang cedera dalam insiden sama.
Sebelum memulakan penggambaran di Scotland, tunang Zendaya ini melahirkan keterujaan untuk kembali bermain dalam francais fenomena ini.
Holland kali terakhir terlibat dalam Spider-Man: No Way Home pada tahun 2021.