Skip to main content

Hiburan

“Tolong Pindahkan Kawan-Kawan Saya Ke Hutan” - Azhar Sulaiman Mohon Perhilitan Bertindak

Azhar Sulaiman

Pelakon, Azhar Sulaiman menyeru pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Wilayah Persekutuan untuk mengambil tindakan terhadap kehadiran sekumpulan monyet liar di kawasan rumahnya. 

 

Menerusi satu hantaran di Facebookl, Azhar memohon agar haiwan berkenaan dapat dipindahkan ke kawasan hutan yang lebih luas dan selamat berdekatan terowong Penchala memandangkan kawasan penempatan mereka kini semakin terhad.



“Kepada Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan jemputlah datang ke Kampung Sungai Penchala untuk jemput kawan-kawan saya untuk dipindahkan ke hutan atas terowong penchala sebab dekat sana lebih besar.

 

“Hutan dekat sini sudah jadi sekangkang kera, jadi tolonglah untuk bawa mereka ke sana,” katanya.

Tambah Azhar, tujuan dia membuat permohonan itu bukan kerana tidak suka dengan kehadiran monyet-monyet tersebut sebaliknya bimbang terhadap kebajikan haiwan liar itu yang semakin kekurangan sumber makanan dan air.

 

“Kami mahu mereka dipindahkan bukan sebab tak suka dorang mari mandi manda kat Pool tapi lebih risau ke soal makanan minum dorang ni sebab dah berkurangan dibelah sini. I swear ok nothing got to do with them berpesta at our swimming pool without permission,” tambahnya. 


Menjengah ke ruangan komen, netizen juga memberikan beberapa cadangan untuk menghalang haiwan liar itu daripada memasuki kawasan rumah.

Must-Watch Video

Advertisement