Skip to main content

Hiburan

Titip Pesanan Ramadan, Perkongsian Uqasha Senrose Di Threads Raih Perhatian - “Bulan Puasa Ini Seeloknya Kita Cari Allah…”

Uqasha Senrose

Pesanan pelakon, Uqasha Senrose di platform Threads berjaya menyorot perhatian netizen pada awal pagi Sabtu. 

Menerusi perkongsian tersebut, Uqasha mengingatkan bahawa bulan yang penuh keberkatan ini seharusnya dimanfaatkan untuk mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Allah dan bukannya sekadar mencari kegembiraan dengan perkara-perkara lain.

“Bulan puasa ini seelok-eloknya, kita cari Allah untuk ketenangan, bukan dengan melayan sana-sini untuk gembirakan diri. 

“#BorakdenganAllah #MengadudenganAllah, sekadar ingatan buat diri saya, cukuplah. Take a break, lunaskan apa yang wajib dalam Islam,” tulisnya. 

Dalam hantaran sama, pelakon yang popular dengan drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut berkongsi bahawa sebelum ini dia pernah menerima nasihat agar mengurangkan penggunaan media sosial. 

“Dulu ada orang menasihatkan saya kurangkan media sosial, tapi sekarang makin rancak dengan alasan sunyi? Balik pada Allah, muhasabah diri. Untuk saya juga, diam bukan berarti kalah. 

“Allah tak tidur, selamat sahur semua,” tambahnya. 

Sekadar info, Uqasha dan Kamal Adli telah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira

Anda mungkin berminat dengan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement