Skip to main content

Hiburan

Tidak Letak Harapan Tinggi, Fasha Sandha Anggap Belum Ada Rezeki Timang Cahaya Mata - "Kami Memang Tak Rancang..."

Fasha Sandha

Pelakon, Fasha Sandha mengakui reda selepas dirinya sekali lagi mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut Fasha, kehamilan tersebut sebenarnya tidak dirancang memandangkan dia dan suami, Aidil Aziz, masing-masing sedang sibuk dengan komitmen kerja dalam industri seni.

“Untuk kehamilan kali ini, kami memang tidak merancang kerana saya dan Aidil masing-masing sedang sibuk dengan projek drama. Segalanya berlaku tanpa dirancang.

Ketika saya dan suami tahu tentang kehamilan ini, kami pun tertanya-tanya sama ada kandungan ini akan okay atau tidak? Kerana sebelum ini, saya sudah beberapa kali mengalami keguguran.

Saya pun kata dengan suami, kita jangan terlalu meletakkan harapan. Saya juga sedang sibuk dan kita memang tidak bersedia dengan kehamilan ini.

Kami pun tidak terlalu menunjuk keterujaan itu atau berkongsi di media sosial. Hanya keluarga sahaja yang tahu,” katanya kepada Gempak.

Fasha mendedahkan dia hanya menyedari kehamilan tersebut ketika usia kandungan sudah mencecah sembilan minggu dan ketika itu degupan jantung bayi masih ada.

Namun, pada pemeriksaan minggu berikutnya, degupan tersebut sudah tiada.

“Ketika saya sedar yang diri saya hamil, usia kandungan itu sudah pun sembilan minggu dan ada degupan jantung. Namun, pada minggu berikutnya pula, degupan jantung itu sudah tiada lagi.

Kata doktor, bayi di dalam kandungan itu tidak sihat. Saya anggap tiada rezeki. Mungkin rezeki saya ada di tempat lain dan pada masa akan datang. Saya terima dengan hati yang terbuka. Saya dan suami reda.” ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha mengakui dia agak terkejut kerana tidak mengalami sebarang pendarahan sepanjang tempoh tersebut.

Fasha juga memaklumkan dia memilih untuk berpantang secara moden seperti yang diamalkannya sebelum ini.

“Saya agak terkejut kerana tiada sebarang pendarahan yang berlaku. Saya tahu tentang kehamilan pun pada minggu ke sembilan kerana kitaran uzur itu tidak teratur. Lagipun, Aisha Amaira masih menyusu badan pada waktu malam. 

“Bila berlakunya keguguran ini, saya berpantang secara moden. Saya masih lagi boleh bekerja dan menguruskan tugas-tugas seperti biasa. Selama ini, saya memang berpantang secara moden,” tambahnya. 

Terdahulu, Fasha berkongsi berita keguguran tersebut menerusi media sosial miliknya dan menerima sokongan serta doa daripada rakan selebriti dan peminat.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia enam tahun.

Fasha turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli, iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Must-Watch Video

Advertisement