Skip to main content

Berita Tempatan

"Tiba-Tiba Je Nak Bersalin..." - Anzalna Nasir Kongsi Detik Kelahiran 'Mengejut' Anak Kedua, Tak Sempat Jamah Salad Caesar & Jus Oren

Astro Gempak anzalna emirhan

Sekilas

  • Anzalna Nasir berkongsi pengalaman kelahiran anak keduanya, Emirhan, yang berlaku secara mengejut selepas doktor mengesahkan dia perlu bersalin lebih awal.
  • Perancangan asal untuk bersalin pada 31 Mei berubah secara tiba-tiba, menyebabkan Anzalna tidak sempat menikmati makanan idamannya dan perlu berpuasa sebelum proses bersalin.
  • Walaupun Emirhan tidak lahir pada tarikh sama dengan abang sulungnya, kedua-duanya tetap istimewa kerana dilahirkan pada hari Jumaat.

Pelakon Anzalna Nasir berkongsi cerita di sebalik kelahiran anak keduanya, Emirhan, yang disifatkan berlaku secara mengejut dan penuh emosi.

Menerusi Instagram Story, Anzalna mendedahkan pada awalnya dia dan keluarga merancang untuk menyambut kelahiran Emirhan pada 31 Mei, tarikh sama seperti ulang tahun kelahiran anak sulungnya.

Bagaimanapun, perancangan itu berubah secara tiba-tiba selepas doktor mengesahkan dia perlu bersalin lebih awal ketika menghadiri pemeriksaan biasa.

“At that time, my parents were away in Cannes, and I went for my scheduled check-up as usual.

“I was wearing a mask that day, but somehow my doctor could tell something wasn’t right. He knows me too well,” kongsinya.

Menurut Anzalna, dia pada mulanya mengakui belum bersedia untuk bersalin pada hari tersebut kerana semuanya berlaku terlalu pantas.

“He asked if I was okay, and I said yes… but after checking, he suddenly told me I had to deliver the baby that very same day.

“I remember telling him, ‘I’m not ready.’ Everything felt so sudden, and honestly, my body didn’t feel ready for it either,” tulisnya lagi.

Tambahnya, sebelum menerima berita itu dia sempat mengidam salad Caesar bersama jus oren, namun tidak sempat menikmati makanan tersebut kerana perlu berpuasa sebelum proses bersalin.

Anzalna turut berkongsi dia menangis ketika menghubungi ibunya yang ketika itu berada di Cannes.

“I called my mum crying, and she told me to wait but how lah she was in Cannes,” selorohnya.

Menurut Anzalna lagi, walaupun Emirhan tidak lahir pada tarikh sama seperti abangnya, kedua-dua anaknya tetap berkongsi satu perkara istimewa apabila dilahirkan pada hari Jumaat.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, and that’s how our Emirhan came into this world,” katanya.

Di akhir perkongsian, Anzalna mengakui bila dikenang semula, hampir semua perkara berkaitan Emirhan berlaku secara mengejut termasuk berita kehamilan dan proses kelahirannya.

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Must Watch Video

Advertisement