Skip to main content

Hiburan

Tiada Niat Nak Jatuhkan Nubhan, Dr Fie Hanya Ingin Berkongsi Luahan Di Media Sosial - “Apa Yang Saya Buat Selama Ini…”

Dr Fie

Sekilas

  • Dr Afifah Hidayah menegaskan luahan di media sosialnya hanya bersifat peribadi dan bukan untuk menjatuhkan bekas suaminya, penyanyi Nubhan.
  • Beliau sabar demi anak-anak yang masih berharap untuk tinggal di rumah lama mereka dan sering bertanya tentang barang-barang sekolah serta permainan mereka.
  • Proses sulh tuntutan harta sepencarian gagal kerana Nubhan tidak hadir, sementara Dr Afifah menekankan tanggungjawab bersama menjaga emosi anak-anak.

Tiada niat menjadikan kemelut rumah tangganya sebagai isu sensasi, bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata luahan di laman sosial itu hanya bersifat peribadi. 

 

Dr Afifah atau mesra disapa sebagai Dr Fie turut menafikan perkongsiannya itu bertujuan untuk menjatuhkan bekas suaminya itu. 

 

"Saya tiada niat nak jatuhkan dia atau jadikan ini isu panas rakyat Malaysia, cuma meluahkan perasaan saya di media sosial dan bukannya nak uar-uarkan dekat media, tetapi media yang memetik luahan saya itu.

 

"Apa yang saya buat selama ini pun bukan untuk diri saya, tapi untuk anak-anak dan jika saya hanya fikirkan diri sendiri, dah lama saya keluar (dari rumah)," katanya ditemui di di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pada Khamis. 

 

Dr Fie berkata, anak-anaknya sangat berharap untuk terus tinggal di rumah yang didiami mereka sebelum ini kerana sudah selesa di situ malah mereka sering bertanya mengenai barang-barang sekolah dan alat permainan yang masih ada di situ.

 

"Saya sabar kerana anak-anak, saya tak pernah nak fikir diri sendiri saya. Anak-anak tanya kenapa kami tidak pulang ke rumah, Afan tanya permainan dia, Afia tanya barang sekolah dia yang masih di situ.

 

"Kalau saya nak keluar rumah bila-bila boleh. Tapi ada anak-anak, mereka tanya saya macam mana meja, barang sekolah dan alat permainan kerana sudah selesa di situ," katanya.

 

Dia turut mengingatkan Nubhan yang tanggungjawab menguruskan anak-anak adalah tanggungjawab bersama dan paling penting memastikan emosi mereka sentiasa dijaga.

 

Terdahulu Dr Fie ditemani ibu bapanya tiba kira-kira jam 11 pagi sebelum masuk ke kamar Unit Sulh ditemani peguamnya Puteri Ummi Kartini Abd Latiff untuk proses sulh, tuntutan harta sepencarian dengan Nubhan.

 

Bagaimanapun proses itu gagal kerana bintang AF itu tidak hadir.

 

Sumber - BH

Must-Watch Video

Advertisement