Skip to main content

Hiburan

“Tiada Daya & Kekuatan Melainkan Dengan Pertolongan Allah” - Fazura

Nur Fazura

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura berkongsi ayat zikir di Threads yang memberi bayangan tentang kesulitan yang dihadapinya kini.
  • Bekas suami Fazura, Fattah Amin, memfailkan permohonan hak lawatan anak mereka yang ditolak mahkamah pada 31 Mac lalu.
  • Fazura memegang hak penjagaan penuh anak mereka, manakala Fattah diberi hak lawatan tertentu selepas perceraian mereka pada Oktober 2024.

Pelakon, Nur Fazura sekali lagi menyorot perhatian apabila berkongsi sepotong ayat yang seakan memberi bayangan berkaitan dengan kesulitan dihadapinya ketika ini.

Menerusi Threads, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini menulis khalimah yang membawa maksud, ‘Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah SWT’.

“La hawla wala quwwata illah billah,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata semangat dan mendoakan agar segala urusan yang dihadapi Fazura dipermudah Allah SWT.

“Yang baik-baik sahaja buat Kak Faz.

“Jaga diri, kami semua sayangkan Fazura.

Semoga dipermudah dan diberikan kelancaran,” komen netizen.

Semalam, Gempak melaporkan bekas suami kepada Fazura yang juga pelakon, Fatta Amin memfailkan ex parte berhubung hak lawatan anak mereka, Nur Fatima Aisya namun ditolak mahkamah.

Menurut peguam yang mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat Hakim Yang Arif Tuan Salehan selepas meneliti permohonan berkenaan pada 31 Mac lalu.

Fattah kemudiannya mendedahkan bakal memfailkan semula permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya itu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura berpisah secara talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Hak penjagaan penuh anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberi hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan serta pertemuan tiga kali seminggu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement