Skip to main content

Hiburan

Terima 6 Jahitan, Aniq Suhair Alami Kecederaan Ketika Lakon Aksi Lompat Dari Tembok Turun Ke Sungai - “Saya Tergelincir, Kaki Tersandung…”

Aniq Suhair

Sekilas

  • Pelakon Aniq Suhair cedera di bawah lutut ketika penggambaran filem Bisikan Nafsu selepas tergelincir dan tersadung batu semasa babak melompat dari tembok ke sungai.
  • Aniq menerima enam jahitan dan berterima kasih kepada jururawat, doktor serta staf klinik kesihatan Bukit Besi atas rawatan pantas mereka.
  • Dia kini perlu berehat dan mengelakkan aktiviti berat pada kaki sementara menunggu proses pemulihan.

Pelakon Aniq Suhair mengalami kecederaan di bahagian bawah lutut kakinya ketika menjalani penggambaran filem Bisikan Nafsu pada Khamis. 

 

Mahu buat yang terbaik, namun malang tidak berbau apabila Aniq tergelincir dan kakinya tersadung di batu ketika membuat babak melompat dari tembok turun ke sungai besar. 

 

“Malang memang tak berbau. Semalam merupakan hari terakhir di set penggambaran filem Bisikan Nafsu. Ada satu babak yang perlukan komitmen Aniq dan Aniq cuba untuk buat yang terbaik. 

 

“Scene tu Aniq kena melompat dari tembok turun ke sungai besar dan pergi keseberang. Tapi nak jadikan cerita Aniq tergelincir, kaki tersadung di batu… dan zass enam jahitan,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Aniq mengucapkan terima kasih kepada jururawat, doktor dan semua staf klinik kesihatan atas layanan dan rawatan pantas. 

 

“Apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada nurse, doktor dan seluruh staff Klinik Kesihatan Bukit Besi atas layanan yang sangat baik dan tindakan pantas merawat Aniq. 

 

“Terima kasih juga kepada team produksi dan Abang Riza yang terus rushkan Aniq ke klinik. Appreciate sangat. Untuk sementara ni… nampaknya memang kena rehat.

 

“No heavy leg activities for a while. Doakan cepat sembuh,” katanya. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by ANIQ SUHAIR (@aniqshr)

Must-Watch Video

Advertisement