Skip to main content

Media Sosial

Temui Cinta Baharu, Ustazah Asni Luah Rasa Syukur - “Suami Saya Palestine, Warga United State”

Temui Cinta Baharu, Ustazah Asni Luah Rasa Syukur

Pendakwah bebas, Ustazah Asni Abu Mansor mengumumkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Mounir Abdul Kareem Kaddoura yang merupakan warganegara kelahiran Amerika Syarikat berketurunan Palestin. 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Asni menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Jumaat.

Advertisement

Menerusi hantaran itu, Asni meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan jodoh yang telah ditakdirkan untuknya.

“Ada ketentuan yang tertulis. Ada takdir yang terlukis. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Officially I'm Zaujah mr Mounir Abdul Kareem Kaddoura.

“Terima kasih atas doa yang baik-baik. Suami saya Palestine, warga United State,” coretnya ringkas.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Asni sedang tersenyum bersama suaminya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut.

Terdahulu, Asni pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nasir Rustam Al Hafiz, namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea, Muhammad Adam Shauqi, Mariam Hani, dan Muhammad Naufal Kholili.

Must-Watch Video

Advertisement