Skip to main content

Viral

Tareq Fit Tegur Gelagat Lelaki Sibuk Buat Trend ‘Jamilah’ - “Trend Yang Ikut Syahwat, Baring Atas Katil Rakam Diri, Nak Attention Kan?”

Tareq Fit Tegur Gelagat Lelaki Sibuk Buat Trend Jamilah

Ringkasan AI

  • Tareq Fit menegur golongan lelaki yang terlibat dengan trend TikTok ‘Jamilah’ yang dianggapnya mengarut.
  • Tareq mengkritik lelaki yang merakam video baring atas katil semata-mata untuk mendapatkan perhatian di media sosial.
  • Tareq menyatakan trend sebegitu menyebabkan lelaki masa kini kelihatan lemah dan hilang jati diri.
  • Dia menegaskan lelaki yang kuat adalah yang mengikuti ajaran Islam dan tidak mudah terikut dengan trend tidak bermoral.
  • Tareq menasihatkan lelaki agar tidak mencari pujian orang lain dan fokus pada perkara yang betul mengikut agama.

Personaliti media sosial, Tareq Fit, sekali lagi menarik perhatian netizen apabila tampil menegur secara terbuka golongan lelaki yang terlibat dengan trend tular di TikTok dikenali sebagai Jamilah.

Menerusi satu video dimuat naik di akaun Instagram dan TikTok miliknya, Tareq meluahkan rasa kurang senang terhadap trend tersebut yang disifatkannya sebagai mengarut.

Malah Tareq juga menegur tindakan segelintir lelaki yang dilihat sanggup merakam diri dalam keadaan baring di atas katil hanya untuk mendapatkan perhatian di media sosial.

“Lelaki sibuk dengan Jamilah, trend mengarut, trend yang ikut syahwat. Orang lain ikut, mana aura lelaki, mana aura seorang muslim.

“Baring atas katil rakam diri, nak attention kan? Nak cari pujian kan? Orang lain semua ikut, ini bukan aura lelaki jantan sejati faham?” ujarnya tegas.

Tambah Tareq lagi, sikap sebegitu merupakan antara punca mengapa lelaki masa kini kelihatan semakin lemah dan hilang jati diri.

“Sebab tu zaman kita, lelaki menjadi lemah. Kalau ketua lemah semua akan jatuh. Kebanyakan yang menganggu masyarakat kita, agama kita sekarang ini adalah lelaki. 

“Sebab lelaki lemah tak ikut undang-undang agama islam,” ujarnya.

Dalam video yang sama, Tareq turut menasihatkan kaum lelaki agar tidak mudah terikut-ikut dengan trend tular yang boleh menjatuhkan maruah dan nilai diri sebagai seorang Muslim.

“Jangan ikut trend mengarut sama Jamilah. Jangan emosi, jangan melenting, jangan cepat koyak. Kuatlah sikit.

“Lelaki lemah sahaja yang mencari attention, mencari pujian daripada orang lain. Lelaki yang kuat, sejati dia tak kisah pun.

“Dia akan buat benda yang betul, yang ikut agama, yang ikut Allah S.W.T. Orang puji tak puji, tak kisah, fokus sahaja,” jelasnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Tareq:


 

Must-Watch Video

Advertisement