Skip to main content

Hiburan

Tangan Nampak Lebih 'Tua' Berbanding Wajah? Ini Respon Daiyan Trisha - "Saya Tidak Cuba Menyembunyikan..."

Astrogempak Daiyan

Sekilas

  • Daiyan Trisha akui pernah dikritik kerana tangan yang kelihatan lebih tua berbanding wajahnya, namun dia tidak melihatnya sebagai kekurangan.
  • Dia menghargai tangan berurat itu kerana mengingatkan dirinya kepada tangan ibunya yang penuh kasih sayang dan pengorbanan.
  • Daiyan tidak pernah cuba menyembunyikan tangannya dan menganggap ia sebagai penghormatan kepada ibu serta pengalaman hidupnya.

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui pernah menerima kritikan mengenai tangannya yang didakwa kelihatan 'tua' berbanding dengan wajahnya.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Threads, Daiyan tidak pernah melihat perkara tersebut sebagai satu kekurangan sebaliknya penampilan tangannya itu persis insan yang paling disayangi iaitu ibunya.

“Ada yang komen, ‘muka nampak awet muda, tapi tangan tak boleh sorok’. Lucunya, saya selalu rasa tangan saya adalah antara perkara yang paling saya suka tentang diri saya kerana ia mengingatkan saya kepada tangan ibu saya.

"Waktu kecil, saya sering melihat jari-jemarinya menari di atas mesin taip, menulis novel demi novel, dan tangannya yang tidak pernah berhenti di dapur menyediakan makanan untuk kami. Jari-jemarinya yang halus, lembut dan sedikit berurat itu menjadikan setiap sentuhan penuh makna dan kasih sayang. Saya selalu terfikir, ‘Cantiknya’," tulis Daiyan.

Dalam pada itu, Daiyan juga mengakui sejak kecil dia tidak sabar untuk memiliki tangan seperti ibunya yang sudah banyak berjasa kepada keluarga.

Malah, dia tidak pernah rasa untuk menyembunyikan tangannya hanya kerana dikritik netizen.

"Saya tidak sabar untuk memiliki tangan seperti itu, tangan yang terbentuk daripada segala yang telah saya lakukan dan segala kasih yang saya berikan. 

"Jadi tidak, saya tidak cuba menyembunyikan tangan saya yang berurat dan bertulang ini. Ia adalah satu penghormatan dalam hidup saya apabila tangan ini semakin menyerupai tangan ibu saya,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta pelantun lagu Letih itu agar tidak ambil pusing dengan komen-komen negatif yang diterimanya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement