Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Sakit Kritikal Bukan Halangan, Jamilul Hayat Tangguh Rawatan Paru-Paru Demi Hussain

Astrogempak JAMILUL

Sekilas

  • Penyanyi Jamilul Hayat mengakui perlu rawatan penyakit paru-paru kronik tahap empat tetapi menangguhkan sementara untuk fokus pada anaknya, Hussain, yang bertanding dalam program Talk To My Manager musim kedua.
  • Jamilul memilih untuk tidak dimasukkan ke wad dan akan menyusun semula jadual rawatan selepas pertandingan selesai demi menyokong anaknya.
  • Hussain berharap bapanya dapat menemani dia setiap minggu di pertandingan dan berkongsi bahawa dia menunggu kelulusan bapa sebelum menyertai program nyanyian ini.

Penyanyi, Jamilul Hayat mengakui perlu berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit kronik pada paru-paru. 

Bagaimanapun, Jamilul Hayat atau nama sebenarnya Hayat Abdillah Mohd Ali memilih untuk menangguhkan rawatan bagi memberi tumpuan menguruskan anaknya iaitu Hussain yang kini bersaing dalam program nyanyian Talk To My Manager musim kedua 2 (TTMM).

"Saya mengalami masalah paru-paru tahap empat dan keadaan saya amat kritikal sebenarnya. Tapi saya tetap semangat berkorban untuk anak. Saya selepas ini akan menyusun kembali jadual rawatan di hospital. Saya tak nak ditahan di wad, cuma selesaikan urusan pertandingan ini dahulu.

"Memanglah nyawa adalah lebih penting. Tetapi apalah salahnya saya berkorban untuk anak saya," katanya kepada Gempak. 

Sementara itu, Hussain pula berharap bapanya dapat menemani dirinya setiap minggu di pertandingan itu.

"Saya doakan bapa saya dapat menghadirkan diri. Kalau tak dapat hadir latihan tapi pergi ke hari persembahan pada Ahad pun sudah cukup. Itu saja yang saya minta. InsyaAllah bapa saya okay," ujarnya.

Bercakap mengenai penyertaannya dalam program ini, Hussain memberitahu dia memilih menghabiskan pembelajaran dahulu sebelum dibenarkan menyertai pertandingan itu. 

"Saya selesaikan pembelajaran, kemudian barulah bapa benarkan saya masuk pertandingan ini. Sebelum ini saya pernah dua kali mencuba, satu di Suke TV manakala satu lagi dalam One In A Million. Itupun saja cuba nasib sahaja," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement