Skip to main content

Hiburan

Muncul Dengan Single Kedua Berjudul ‘Asal Ada Kamu’, Ceddy Ang Sedia Terima Kritikan - “Asalkan Ia Membina & Berpatutan”

Ceddy Ang

Sekilas

  • Ceddy Ang sudah bersedia menerima kritikan selepas melancarkan single keduanya, Asal Ada Kamu, dan menegaskan dia terbuka kepada kritikan membina.
  • Single terbaru Ceddy yang dihasilkan bersama Bo Amir dan MimiFly bukan untuk mengejar populariti, tetapi memenuhi impian lamanya sebagai penghibur.
  • Sejak tiga tahun lalu, Ceddy mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki kemahiran nyanyiannya dan kini bersemangat untuk terus belajar dan berkarya.

Pempengaruh media sosial dan hos, Ceddy Ang memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk berdepan dengan kritikan serta pandangan orang ramai selepas pelancaran single keduanya yang berjudul Asal Ada Kamu.

Ujar Ceddy, komen negatif tidak membuatkan dirinya berputus asa ditambah pula dengan adanya stigma terhadap pempengaruh yang menghasilkan lagu mereka sendiri.

“Walaupun akan ada orang berkata, dia tak suka cara saya menyanyi. Tak mengapa, ada banyak lagu di luar, jadi tolong pilih untuk dengar lagu lain. Saya tahu akan ada yang cakap, saya ‘influencer’ tak perlu menyanyi tapi siapa kalian untuk beritahu saya tak boleh merealisasikan impian saya?

“Tapi sebagai artis saya sudah bersedia. Dalam konteks seni ini, ia hadir untuk dikritik. Cuma bagi saya, asalkan kritikan itu membina dan berpatutan, saya terima. Kalau nak ‘attack’ peribadi, itu tak baiklah tapi misal ada yang kata suara saya sumbang, saya boleh baiki.

“Saya juga berani untuk memberitahu bahawa saya bukanlah penyanyi ‘vocal powerhouse’, jadi jangan datang ke show saya dan menjangkakan vokal yang hebat. Awak datang ke show saya pun sebab awak mahukan hiburan dan berseronok,” katanya kepada Gempak.

Ceddy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancatan single keduanya yang bertajuk Asal Ada Kamu bertempat di A Quiet Place Karaoke, Bukit Bintang pada Selasa.

Tambah Ceddy, penghasilan Asal Ada Kamu yang mendapat sentuhan Bo Amir dan MimiFly ini bukanlah kerana mahu mengejar populariti semata-mata.

“Sudah tentu ada yang buat lagu untuk viral, tapi ada juga yang buat karya untuk betul-betul kerana minatnya dalam nyanyian. Saya adalah individu yang hasilkan lagu kerana impian saya dari kecil menjadi penghibur.

“Sebelum ini hasrat saya tergendala dan selepas tiba waktu yang bersesuaian, saya lakukan secara tertib,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, pempengaruh berusia 37 tahun ini juga memaklumkan bahawa dia turut mengambil inisiatif menghadiri kelas vokal bersama Cikgu Shafi sejak tiga tahun lalu.

“Sudah tiga tahun saya belajar vokal tapi saya mengikuti kelas bersama Cikgu Shafi disebabkan komitmen saya sebagai hos. Sebelum ini saya mengacarakan program televisyen, jadi saya pergi kelas kerana saya takut saya kena menyanyi.

“Kita tengok hos sekarang ini ramai yang boleh menyanyi seperti Alif Satar, Elly Mazlein dan ramai lagi. Jadi saya pergi kelas dan selepas tiga tahun saya rasa sudah tiba masanya untuk saya lakukan sesuatu.

“Bagi saya dalam nyanyian ini, kita kena sentiasa belajar, tak boleh berhenti belajar dan banyak lagi yang saya perlu belajar dan mencari lagu yang bersesuaian dengan saya,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must-Watch Video

Advertisement