Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2 Recap: Minggu Air Mata, Amarra & Pak Azad Hampir Pulang

Astrogempak PAK AZZAD

Sekilas

  • Minggu pertama Talk To My Manager 2 tiada pasangan pengurus dan artis disingkirkan, namun Pak Azad & Amarra, Nana Mahazan & Althea, serta Linda Jasmine & Ratu berada di tiga terbawah.
  • Para juri memberi komen membina tentang persembahan, menekankan aspek vokal, pemilihan lagu, dan keberanian artis di atas pentas.
  • Beberapa pengurus seperti Datuk Fazley Yaakob, Nana Mahazan, dan Safura kelihatan sebak menyaksikan persembahan artis mereka buat pertama kali.

Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) minggu pertama menyaksikan tiada pasangan pengurus dan artis disingkirkan. 

Bagaimanapun, Pak Azad & Amarra, Nana Mahazan & Althea, serta Linda Jasmine & Ratu masing-masing berada di kedudukan tiga terbawah. 

Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu pertama:

Nana Mahazan x Althea - Toxicity by System Of A Down 

Datuk AC Mizal: Ini persembahan pertama, saya hargai kehendak artis anda, saya rasa imej yang sangat berbeza, vokal kena jaga. 

Dia ada potensi, tapi kena jaga-jaga. Yang paling penting anak-anak berani, jarang kita lihat penyanyi berani buat persembahan sebegini, ini akan jadi tugas yang sukar kerana genre awak dan artis sangat berbeza, good luck untuk next. 

Pak Azad x Amarra - Gabriella

Datuk Syafinaz: Awak kena tutup punya ingatan ini adalah pentas nyanyian, aspek nyanyian banyak yang perlu diperbaiki, kena faham basic untuk nyanyian dan awak kena pilih lagu yang sesuai untuk awak. Tapi awak perlu cerdik guna kelebihan sebagai penyanyi, Pak Azad menjalankan tugas yang sangat baik, teruskan.

Safura x Kim Khairii - Bukan Lupa Tapi Tak Ingat & Kau Dan Aku (Medley)

Bella Astillah: Saya faham kenapa manager terus lock sebab dia tahu anak dia boleh.  Awak ada bakat itu dan tahniah untuk gabungan ini. 
                                                                          
Ani Maiyuni x Viviana - On the Floor & Senorita (Medley)

Datuk AC Mizal: Show ini bukan pasal siapa nyanyi pitching paling tinggi, apa yang awak buat atas pentas tadi nampak hasil gabungan awak dan manager. Saya terhibur, persembahan bagus. Good job

Adira x Anggrek - Pematah Hati

Datuk Syafinaz: Dari mata saya, kelebihan dia adalah dia kecil jadi dia cepat serap. So kerja manager perlu tahu untuk apa dia serap. Badan awak kecil tapi keberanian, penguasaan pentas sangat bagus. 

Saya tengok awak menari tanpa perlu tengok penari lain sangat tip top, awak perlu kerja keras dari aspek nyanyian. Dia boleh tapi perlu sedikit push. 

Dato’ Fazley x Fariedz Fazley - Drunk Text 

Bella Astillah: Suka dengan pemilihan lagu ini, penghayatan lagu sampai. Untuk lagu Drunk Text saya sangat terhibur. 

Dato’ A.Aida x Azeva - Sejiwa  

Datuk AC Mizal: Tahniah kepada awak, sebab awak mulakan nyanyian dengan kesedihan ibu you tapi bukan mudah untuk mulakan sebegitu, dan untuk kawal emosi. 

Datuk Syafinaz: Saya suka suara you, merdu dan tone awak bulat, cuma kena perbaiki intonasi dan kawalan nafas

Linda Jasmine x Ratu - Firasat 

Datuk Syafinaz: Ratu, awak tiada suara yang kuat tetapi kalau awak bekerja kuat dan pilih lagu yang sesuai. Awak kena dengar cakap manager awak kerana mereka ada pengalaman sebab mereka ada banyak pengalaman untuk dikongsikan. Saya suka persembahan awak sebab awak guna prop yang murah tapi berkesan. 

Jamilulhayat x Hussain - Bahagiamu Deritaku

Bella Astillah: Saya suka tengok parents support anak-anak. Bila dengar sedap suara awak sebab sesuai dengan vokal awak. All the best. 

Dato’ Sri Vida x  Cik B - Beggin

Datuk AC Mizal - Bila saya dengar awak join, saya sangsi tapi hari ni awak membuktikan awak penghibur yang baik. Tahniah Datuk Seri Vida

Datuk Syafinaz: Low note awak sedap gila, tapi kena betulkan intonasi. 

Sementara itu, minggu ini juga dilihat para pengurus agak emosi apabila pertama kali menyaksikan persembahan artis-artis mereka di atas pentas TTMM2. 

Antara pengurus yang dilihat sebak sewaktu TTMM2 berlangsung adalah Datuk Fazley Yaakob, Nana Mahazan, Ani Mayuni, Datuk A.Aida dan Safura. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement