Sekilas
- Ani Mayuni dan Viviana tersingkir pada minggu suku akhir Talk To My Manager 2 selepas persembahan lagu Jai Ho.
- Dato’ A.Aida dan Azeva muncul di tangga pertama dengan persembahan lagu Bad Romance yang mendapat pujian juri.
- Program ini disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Ani Mayuni dan Viviana terpaksa akur dengan keputusan apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu suku akhir.
Mempersembahkan lagu Jai Ho nyanyian asal Pussycat Doll, Ani Mayuni dan Viviana reda apabila berada di tangga tiga terbawah bersama Safura & Kim Khairii serta Datuk Seri Vida & Cik B.
Sementara itu, Datuk A.Aida dan Azeva berjaya bangkit dari kekesalan minggu lalu apabila berjaya berada di tangga pertama menerusi persembahannya yang membawakan lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.
Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu suku akhir:
Ani Maiyuni X Viviana - Jai Ho!
Datuk AC Mizal: Pembukaan yang bagus, nampak keberanian you bertambah dan bersedia untuk membuat persembahan di luar. Untuk manager walaupun ada kekangan persembahan ini adalah tip top.
Suara awak nampak tenang bagus.
Hael Husaini: Effort awak sangat menabjukkan, tak ramai penghibur berani untuk buat persembahan di hadapan juri tapi awak berjaya.
Untuk manager, bukan senang untuk turun padang tapi awak tahu apa yang awak buat. Tahniah.
Safura X Kim Khairii - Good Boy
Che Puan Sarimah Ibrahim: Rupanya Kak Safura simpan diam-diam akhirnya berubah. Beri nafas baru untuk lagu lama pada 2014.
Bella Astillah: Betul-betul rasa vibe kpop, effort awak sangat bagus. Bukan mudah untuk tukar lagu dan imej. saya rasa semua kat sini dapat vibe tu. Dari yang hari tu dapat rasa macam vibe final malam ini.
Dato’ A.Aida X Azeva - Bad Romance
Hael Husaini: Untuk berada disini untuk melihat persembahan awak, saya sangat bangga. Saya difahamkan awak lari dari kebiasaan, apa yang awak lakukan malam ini, seperti awak dah di final dan menang. Saya nak bagi credit dekat manager.
Datuk AC Mizal: Macam Hael kata itu kualiti antarabangsa. Awak dah ada pakej itu, dan manager lakukan yang terbaik untuk suntik pelbagai elemen dalam persembahan ini.
Bella Astillah: Semua juri goosebump kita dapat rasakan persembahan awak.
Pak Azad X Amarra - Mwa!
Bella Astillah: Your energy was amazing ammara ada aura rockstar and then untuk meyanyi sambil menari bukan mudah tapi nail it. Attitude lagu Dolla not easy i wish your the best i percaya Pak Azad dah buat terbaik sebagai seoang manager dan ayah semoga berjaya.
Hael Husaini: Untuk performance ni manager all out first time saya di meja sini berbeza dari program lain adik berumur 13 tahun berada di atas pentas luar biasa. Congrats, saya percaya awak ada masa depan yang cerah.
Che Puan Sarimah: Tahniah Pak Azad, semuanya menyala.
Adira X Anggrek Cak Cak Cekuk
Datuk AC Mizal: Saya 36 tahun dalam industri tak pernah tengok orang berani buat persembahan macam ni. Saya sangat gembira tengok perubahan awak. Saya bangga dapat tengok awak perform untuk musim ini. Saya harap awak boleh sampai ke finale.
Hael Husaini: Untuk saya lihat kanak-kanak buat persembahan seperti itu, awak lakukan sangat baik. Awak sangat bertuah sebab manager awak ada pengalaman. Untuk awak buat persembahan itu saya bagi kredit untuk manager.
Bella Astillah: Saya rasa nak menangis tengok persembahan awak malam ini. tahu tak anak-anak saya suka awak, saya sangat bangga. Semoga berjaya sampai ke finale.
Dato’ Sri Vida X Cik B - Aspalela
Datuk AC Mizal: Tak perlu jual anak, Cik B memang bagus. Bila kita sedar kelemahan kita dan kita cuba apa yang kita mampu itulah cara untuk memenangi pertandingan. Persembahan yang bagus.
Bella Astillah: Suka tengok penggunaan pentas awak, saya suka keyakinan anda dan kita semua terhibur.
Che Puan Sarimah Ibrahim: Lagu ini identiti Saiful Apek tapi awak berjaya lakukan persembahan ini.
Hael Husaini: Saya puji kreativiti awak untuk persembahan ini.
Jamilulhayat X Hussain That’s What I Like
Bella Astillah: Pilihan lagu yang mantap, suara sedaplah. Saya suka suara awak, persembahan itu minimal tapi awal all out, kita suka dengan persembahan itu. Kita betul-betul nak tengok awak masuk finale.
Hael Husaini: Untuk persembahan penutup ini awak ada vokal yang stabil. Awak ada pakej untuk ditayangkan di TV.
Che Puan Sarimah Ibrahim: Saya suka semua pasal awak malam ini. Keyakinan awak malam ini berubah. Thats not what i like tapi thats why i love.
Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.