Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager 2: Jamilulhayat Titip Pesanan Buat Hussain - “Jaga Akhlak, Disiplin, Jadi Penyanyi Versatil”

Astro Gempak 402

Sekilas

  • Jamilulhayat menasihati anaknya, Hussain, supaya menjaga akhlak, disiplin dan merendah diri ketika menyertai program Talk To My Manager musim kedua.
  • Hussain mengakui awalnya gementar tetapi kini lebih yakin selepas membuat persiapan rapi dan mendapat sokongan abahnya dalam memilih lagu.
  • Talk To My Manager musim kedua akan bersiaran mulai 19 April 2026 di Astro Ria dengan barisan pengurus dan artis popular serta pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi.

Penyanyi veteran, Jamilulhayat menitipkan pesanan agar anaknya, Hussain menjaga akhlak dan disiplin sebelum melangkah lebih jauh dalam industri seni menerusi program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Menurut Jamilulhayat, dia menasihati Hussain supaya mengambil peluang tersebut dengan serius selain sentiasa merendah diri sepanjang bergelar figura awam.

“Bila dapat tawaran untuk menyertai program ini, saya beritahu Hussain yang dia kena bertanding dengan bersungguh-sungguh. Paling penting, kena jaga akhlak dan disiplin.

“Kena merendah diri dan sentiasa buat yang terbaik. Bukan senang nak jadi figura awam, kita kena beri contoh teladan yang baik,” katanya.

Tambahnya lagi, dia turut berharap Hussain mampu menjadi penyanyi versatil yang memiliki kepelbagaian dalam bakat.

“Saya tekankan supaya dia jadi penyanyi yang versatil. Kalau tiada elemen itu, mungkin tak perlu masuk pertandingan pun.

“Industri muzik ini boleh menjamin masa depan jika kita lakukan dengan cara yang betul,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hussain mengakui pada awalnya berasa gementar untuk menghadapi konsert pertama TTMM2, namun kini semakin yakin selepas membuat persiapan rapi.

“Pada awalnya saya memang gementar, tetapi selepas biasakan diri, saya rasa lebih baik dan yakin.

“Bekerja dengan abah sangat mudah. Bila bincang lagu, dia akan teliti dahulu makna dan cara penyampaian sebelum beri pandangan,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan, Hussain berpendapat masih terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian memandangkan program tersebut belum bermula.

“Segalanya masih awal. Mungkin pada konsert pertama nanti baru kita dapat lihat bagaimana persaingan sebenar,” ujarnya.

Sementara itu, Jamilulhayat turut meluahkan rasa teruja melihat sambutan peminat apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang pengurus dalam program berkenaan.

“Saya terkejut dengan respon peminat. Sudah hampir 20 tahun saya meninggalkan industri, tetapi masih ada yang ingat dan menerima saya.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Dalam masa sama, dia tidak menafikan perasaan bimbang tetap ada sebagai seorang bapa, namun percaya Hussain mampu mengawal diri sepanjang berada dalam industri.

“Perasaan bimbang itu memang ada, tetapi kita kena teruskan juga. Industri seni ini satu pengembaraan yang penuh cabaran.

“Hussain perlu sentiasa muhasabah diri dan setakat ini dia seorang yang mendengar kata serta mengikuti nasihat dengan baik,” katanya.

Antara barisan manager-artist yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley.

Malam TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.

Musim 2 turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

Talk To My Manager Musim 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement