Skip to main content

Hiburan

Tak Sanggup Anak Tengok, Awal Ashaari Pernah Tolak Watak Lelaki Ada Hubungan Sejenis - “Kalau Saya Bujang Dulu Okay Lah…”

dfdvdf

Ringkasan AI

  • Awal Ashaari pernah menolak tawaran watak penggoda lelaki kerana risau pandangan anak-anak dan keluarganya.
  • Dia mengambil kira kesesuaian watak dengan tanggungjawab sebagai suami dan bapa sebelum menerima tawaran lakonan.
  • Awal suka watak mencabar, tapi perlu yakin boleh membawa watak tersebut dengan baik selepas lama tidak berlakon.
  • Pelakon itu akan kembali sebagai hos bersama Amelia Henderson untuk program INNOVATHON Musim Ketiga yang bermula 6 Disember 2025.
  • INNOVATHON menjadi platform penting untuk inovator tempatan memasarkan produk dan menghubungkan mereka dengan pelabur.

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari mendedahkan pernah menolak tawaran melakonkan watak ‘penggoda lelaki’ kerana bimbang dengan pandangan anak-anak serta keluarganya terhadap karakter berkenaan.

Menurut Awal, meskipun watak tersebut dianggap mencabar dan berbeza daripada karakter yang pernah dibawanya sebelum ini, dia mengambil kira kesan serta tanggapan masyarakat termasuk anak-anak yang semakin membesar.

“Saya pernah dapat tawaran watak sebagai penggoda kepada lelaki. Tapi bila fikir balik, alamak… saya ada anak. Nanti apa pula tanggapan mereka bila tengok ayah berlakon macam tu.

“Tak kena dengan saya sebagai seorang suami dan juga bapa kepada anak-anak,” katanya.

Awal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas majlis sidang media program Innovathon Musim Ketiga di ibu negara semalam. 

Tambah pelakon filem Syurga Cinta itu, pemilihan watak bukan kerana terlalu memilih, sebaliknya perlu menilai kesesuaian jalan cerita serta tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

“Kalau watak tu mencabar dan lain daripada yang saya pernah buat, saya suka. Tapi saya kena fikir juga, dah lama tak berlakon, boleh ke saya bawa karakter tu dengan baik?

“Kadang-kadang produser pun ragu-ragu sebab dah lama tak tengok saya berlakon,” ujarnya.

“Kalau saya bujang dulu mungkin saya akan terima watak macam tu, tapi sekarang kena fikir impak dia kepada orang sekeliling  anak, isteri, mak saya.

“Mak saya sendiri pun pernah menangis tengok saya berlakon sebab terlalu percaya dengan watak tu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awal Ashaari bakal menjadi hos bersama Amelia Henderson sekali lagi untuk program INNOVATHON Musim Ketiga.

Tayangan program yang menampilkan lapan episod itu akan bermula pada 6 Disember 2025 hingga 25 Januari 2026, disiarkan di Astro Ria serta turut ditayangkan di TV1 (RTM) seperti musim sebelumnya.

INNOVATHON terus menjadi platform penting dalam melahirkan personaliti dalam bidang inovasi, membantu memasarkan produk peserta serta menghubungkan para inovator dengan pelabur.

Kementerian Ekonomi berharap program ini akan terus berkembang dan membantu inovator tempatan mengkomersialkan produk mereka.

Turut hadir pada sidang media pelancaran ialah Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron; Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Ham Ahmad; serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Must-Watch Video

Advertisement