Skip to main content

Viral

Tak Pernah Berjauhan, Wanita Ini Buat Label & Tinggal Nota Pada Barangan Ibu Untuk Tunai Haji Buat Netizen Sebak - “Mak Ini Coklat, Makan Untuk Lapik Perut Tau…”

Anak label barang mak tular

Sekilas

  • Ainunaniyah tular selepas berkongsi persiapan menunaikan haji buat ibunya yang pertama kali berjauhan lama dengan anak-anak.
  • Setiap beg pakaian ibunya dilabel dengan nota untuk memudahkan penggunaan dan mengelakkan kesilapan semasa ihram.
  • Netizen memberikan sokongan dan doa, manakala ibunya kini sedang menunaikan haji dalam keadaan sihat di Tanah Suci.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Ainunaniyah menjadi tular di media sosial selepas berkongsi persiapan menunaikan haji buat ibunya untuk tahun ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ainunaniyah menunjukkan segala kelengakapan diperlukan oleh ibunya yang telah disediakan.

Malah, ini merupakan pengalaman pertama ibunya wanita berkenaan berjauhan dengan anak-anak untuk tempoh yang agak lama.

Menurut Ainunaniyah, perkara itu juga turut mencetuskan kebimbangan pada dirinya sekaligus membuatkan perasaannya bercampur baur.

“Pertama kali mak pergi jauh tanpa anak-anak dan lama. Perasaan itu hanya Allah sahaja yang tahu, bercampur baur.

“Segala benda nak dinotakan, nampak kecil kan tulis tulis nota ni, tapi setiap kali nak tulis tu menahan sebak je, terbayang macam manalah keadaan mak nanti dekat sana tanpa anak-anak.

“Tak mintak banyak tapi moga Allah, mudahkan segala-galanya untuk mak. Moga Allah temukan mak dengan orang yang baik-baik sahaja dekat sana, Amin. Mohon doa dari semua untuk syurga saya, terima kasih,” coretnya.

Namun, beberapa foto yang dikongsikan Ainunaniyah telah membuat netizen semakin sebak sebak sbaik sahaja melihat label disetiap beg kecil dalam bagasi ibunya.

Bahkan setiap beg kecil berisi pakaian itu turut dimaklumkan bila untuk dipakai bagi memudahkan ibunya.

Selain itu, terdapat juga tisu kecil yang disertakan nota padanya dan tidak digunakan ketika berada dalam ihram.

Antara tulisan nota yang membuatkan netizen sebak adalah:

“Mak ini coklat, makan untuk lapik perut tau,”

“Mak ini pakaian untuk mak pergi Mekah tau, semua ada dalam ni,”

“Mak jangan pakai tisu ni masa dalam ihram tau,”

“Mak dalam ni ada ubat ubatan untuk mak tau, moga mak sihat selalu,”

Sementara itu, dalam satu hantaran lain, Ainunaniyah meluahkan rasa terharu dengan komen-komen positif yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada ibu.

Ainunaniyah juga memaklumkan ibunya kini sedang menunaikan haji dan berada dalam keadaan sihat di Tanah Suci.

“Masya-Allah bukak Thread je dapat beratus komen. Sumpah saya terharu dengan warga Threads.

“Terima kasih semua atas doa untuk mak dan ada juga yang bagi tips, terima kasih sangat sangat. Moga doa yang baik berbalik untuk semua juga.

“Saya baca semua komen dan sumpah sebak. Miga yang baik-baik untuk mak dan Duyufurrahman yang lain juga,” coretnya.


Sumber: Threads @ainunaniyah

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement