Skip to main content

Selebriti

Didikan Bapa Bentuk Prinsip Hidup Hariz Hamdan - “Saya Bukanlah ‘Green Flag’ Sangat, Tapi Ayah Selalu Berpesan…”

Hariz Hamdan green flag

Sekilas

  • Pelakon Hariz Hamdan mengakui dia bukan lelaki ‘green flag’ sempurna, tetapi sentiasa berusaha menjadi versi terbaik diri untuk dijadikan contoh.
  • Hariz mengamalkan prinsip didikan bapanya yang mengajar supaya bertanggungjawab seolah-olah sudah mempunyai anak, bagi membentuk jati diri dan sikap berhati-hati.
  • Hariz akan muncul dalam drama terbaru ‘Dendam Seorang Mentua’ yang akan disiarkan di Astro Prima mulai 4 Mei 2026, dengan barisan pelakon terkenal seperti Datuk Aaron Aziz dan Chacha Maembong.

Pelakon, Hariz Hamdan mengakui dirinya bukanlah seorang lelaki yang sempurna atau terlalu memiliki ciri-ciri ‘green flag’ seperti yang sering diperkatakan di media sosial.

Namun kata Hariz, sebagai seorang manusia, dia sentiasa berusaha untuk menjadi individu terbaik yang boleh dicontohi oleh orang sekeliling.

“Saya ni bukanlah lelaki ‘green flag’ sangat pun, tapi saya cuba sehabis baik untuk menjadi versi terbaik saya yang boleh menjadi contoh kepada orang disekeliling,” jelasnya kepada Gempak.

Menurut Hariz, dia berpegang pada prinsip didikan oleh bapanya sejak kecil terutamanya mengenai tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan juga pembentukan jati diri.

“Saya ingat lagi semasa saya kecil, ayah saya selalu berpesan bila dah besar nanti, walaupun kita belum berkahwin, atau ada anak, anggap sahaja seperti kita sudah mempunyai anak.

“Bila kita bayangkan kita sudah ada anak, kita akan fikir macam mana kita nak jalani kehidupan seharian dan bagaimana anak kita akan melihat kita.

“Itu yang buat saya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan,” ujarnya.


Dalam masa yang sama, Hariz turut menjadikan bapanya sebagai figura teladan dalam membentuk keperibadian diri.

“Begitu jugalah macam mana saya melihat ayah, akhlaknya, tingkah lakunya, kewibawaannya, semua itu saya jadikan contoh untuk saya gunakan dalam kehidupan sendiri,” ulasnya.

Dalam perkembangan lain, Hariz akan muncul dalam drama terbaharu berjudul ‘Dendam Seorang Mentua’.

Drama ini menampilkan pelakon seperti Tracie Sinidol, Chacha Maembong, Datuk Aaron Aziz, dan Datuk Yusry Abdul Halim, serta kemunculan semula Intan Ladyana.

‘Dendam Seorang Mentua' akan disiarkan di Astro Prima mulai 4 Mei 2026, Isnin hingga Jumaat jam 6 petang, dan boleh ditonton secara On Demand di Astro GO dan Sooka.

Langgani Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Must-Watch Video

Advertisement