Skip to main content

Hiburan

Tak Perlu Banyak Cakap, Tenxi Biarkan Muzik Berbicara Di Panggung Puting Beliung

Tenxi

Penyanyi muda Indonesia, Tenxi mula mencipta nama di Malaysia selepas lagu popularnya, Garam & Madu mendapat tempat di hati peminat.
 

Meskipun muziknya ringkas dan mudah melekat di telinga, Tenxi atau nama sebenarnya Tengxi Wijaya berjaya mencipta sejarahnya tersendiri selepas tiket konsertnya bagi konsert Panggung Puting Beliung Tenxi di Kuala Lumpur  habis terjual untuk hari pertama.
 

Kejayaan itu sekali gus mendorong pihak penganjur untuk menambah satu hari lagi konsert bagi memenuhi permintaan peminat.
 

Malam pertama dimeriahkan dengan kehadiran Naykilla dan Tenxi terus menghangatkan pentas malam keduanya dengan menampilkan barisan artis di bawah label sama AntiNRML iaitu Ryo, Dia, Naufal Syachreza dan Yung Caters.
 

Berlangsung selama hampir 2 jam, Tenxi mempersembahkan deretan lagu popular seperti Kasih Aba-Aba, Bintang 5, Garam & Madu, hoRRReg dan Mejikuhibiniu.
 

Lebih menarik, bukan sahaja dapat menarik peminat dari pelabgai lapisan umur malah konsert tersebut dihadiri peminat pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India, sekali gus mencerminkan penerimaan luas terhadap muzik Tenxi yang bersifat universal.
 

Berbeza daripada kebanyakan konsert lain, Tenxi dan rakan-rakannya memilih untuk tidak berucap atau menyampaikan sebarang kata-kata sepanjang persembahan.
 

Fokus mereka jelas terarah kepada muzik dan hiburan sepenuhnya, sekali gus memberikan pengalaman konsert yang padat dan memuaskan buat peminat.

Must-Watch Video

Advertisement