Skip to main content

Selebriti

Tak Mudah Bawa Watak Dalam ‘Bad Cop’, Aiman Hakim Terganggu - “Jadi Mudah Gelisah, Sampai Tak Perasan Bercakap Dengan Karakter Imaginasi”

Aiman Hakim watak dalam Bad Cop

Sekilas

  • Aiman Hakim Ridza mengakui watak kembar Emir dan Imar dalam drama 'Bad Cop' menyebabkan dia mengalami kemurungan dan emosi gelisah.
  • Pengalaman membawa watak itu sampai Aiman bercakap seorang diri tanpa sedar, dan isterinya serta pihak produksi membantu menguruskan tekanan tersebut.
  • 'Bad Cop' akan ditayangkan mulai 19 Disember 2025 di Astro Citra, Astro Ria, OnDemand, dan sooka dengan dua episod pertama tersedia pada hari pelancaran.

Pelakon, Aiman Hakim Ridza mengakui tidak mudah u untuk melakonkan dua watak iaitu Emir dan Imar dalam drama bersiri Astro Originals terbaharu berjudul ‘Bad Cop’.

Menurut Aiman, watak kembar itu sedikit menganggu fikiran sehingga menyebabkan dirinya melalui fasa kemurungan.

“Sangat teruk, saya menjadi mudah gelisah dan agresif secara emosi. Untuk bawa watak ini saya mengalami depresi.

“Ia sangat mengganggu kerana saya tidak datang daripada latar belakang seperti watak itu. Bila mendapat tahu bahawa manusia boleh pergi sejauh itu dalam realiti mengganggu,” ujarnya.

Aiman berkata demikian ketika ditemui di tayangan media Bad Cop yang berlangsung di TGV KLCC, pada Selasa.

Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya, Aiman memaklumkan dia pernah bercakap sendirian tanpa sedar dan perkara itu disedari oleh isterinya, aktres Zahirah MacWilson. 

“Saya pernah menelefon isteri saya dan saya tak perasan saya bercakap dengan karakter imaginasi.

“Saya membawa beban itu terlalu dalam dan terlepas tanpa sedar. Saya bercakap seorang diri di dalam kereta.

“Isteri saya perasan dan dia sedar supaya kita perlu kekal tenang. Dia memberi cadangan untuk berbincang dengan Kavi (showrunner) dan Jason (pengarah).

“Mereka benar benar banyak membantu saya, mereka memahami emosi saya dengan baik. Sebab cerita ini semakin lama semakin ‘dark’,” ujarnya.

Selain Aiman, Bad Cop turut dibintangi Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Chong akan ditayangkan di Astro Citra bermula Jumaat ini.

Bad Cop merupakan adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017 dan siri asal ini turut mencapai kejayaan antarabangsa apabila diadaptasi produksi India pada tahun 2024.

Siri terbitan Astro Shaw ini diterajui showrunner Kavivarmen Vigneswaran, dan diarahkan Jason Chong yang membawa sentuhan visual dan penceritaan premium yang menjadi identiti Astro Originals.

Bad Cop akan menemui penonton bermula 19 Disember 2025 setiap Jumaat, tepat 12.00 tengah malam di OnDemand dan juga di sooka. 

Penonton juga boleh menyaksikannya di Astro Citra (Saluran 108) pada setiap Jumaat, jam 9 malam, serta di Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Sabtu, jam 10.30 malam.

Saksikan dua episod pertama pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand dan sooka. 

Must-Watch Video

Advertisement