Skip to main content

Hollywood

Tak Mahu Tipu, Ne-Yo Hubungan Cinta dengan 3 Wanita Serentak

neyo

Sekilas

  • Ne-Yo mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan tiga wanita serentak selepas perceraian dengan isteri pada 2022.
  • Penyanyi itu memilih untuk merahsiakan hubungan tersebut bagi mengelak kontroversi seperti sebelum ini.
  • Ketiga-tiga wanita tersebut bersetuju dengan keadaan itu dan mereka saling memahami dalam mengatur masa bersama Ne-Yo.

Ne-Yo diketahui menjalin hubungan cinta bersama tiga wanita secara serentak. Penyanyi So Sick itu bercinta dengan wanita dikenali sebagai Arielle Hill, Cristina dan Moneii.

Dalam satu temu bual, pemenang Grammy berusia 46 tahun itu dia menjalani hubungan dengan tiga wanita serentak tanpa merahsiakannya kerana mengambil pengajaran daripada perceraian bersama isteri, Crystal Renay pada 2022.

“Saya ringkaskan. Selepas perceraian yang buruk dan diketahui umum, saya mengambil keputusan untuk lagi berahsia dengan wanita yang bersama saya,” katanya seperti dilaporkan People.

Perceraian Ne-Yo dengan isteri terjadi selepas Renay mendakwa penyanyi tersebut memiliki anak luar nikah hasil hubungan dengan wanita lain. dia diketahui memiliki empat anak hasil daripada dua hubungan sulit dengan wanita berlainan.

Pasangan itu sendiri memiliki tiga anak iaitu  Shaffer Chimere Jr., 9, Roman Alexander-Raj, 6, dan Isabella Rose, 4.

Penyanyi itu kemudian menjelaskan telah lama menjalin hubungan dengan salah seorang kekasihnya sebelum bersetuju melihat artis itu memiliki dua lagi kekasih secara serentak.

“Saya bersemuka dengannya dan beritahu ‘anda tahu saya mencintai anda. Tapi saya perlu jujur. Saya juga mencintai wanita lain dan mahu anda bertemu dengannya.

“Jika hubungan ini boleh berjalan baik, mari kita lakukan. Jika tidak, saya okay’, “ katanya lagi.

Tambahnya, atas persetujuan bersama, mereka tiada masalah berkongsi kasih dan Ne-Yo memiliki tiga kekasih sekali gus pada satu masa. Mereka juga kata Ne-Yo saling memahami termasuk mencari masa untuk seorang demi seorang menghabiskan masa bersamanya dan waktu untuk diluangkan secara berkumpulan.

Must-Watch Video

Advertisement