Skip to main content

Viral

"Tak Kisahlah Orang Nak Kata I Gemok, I'm Happy..." - Fatiya Latiff

fatiya

Pelakon Fatiya Latiff enggan mengambil pusing komen dan pandangan orang lain terhadap dirinya termasuk memberikan pelbagai label terhadap bentuk badannya.

Jelas Fatiya, dia selesa dengan bentuk badannya dan gembira dengan kehidupannya sekarang.

Advertisement

"Tak kisah la orang nak kata I gemok ke apa tapi I’m happy in my own body and I’m happy with my life," ujarnya menerusi hantaran di Threads.

Hantaran tersebut disertakan dengan dua foto dirinya yang tampil sederhana tanpa solekan berlebihan, sambil menunjukkan ekspresi tenang dan yakin.

Kenyataan itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang memuji keberaniannya untuk bersikap jujur dan mencintai diri sendiri.

Ramai yang menganggap mesej yang disampaikan Fatiya memberi inspirasi kepada wanita lain agar tidak tunduk kepada tekanan penampilan fizikal.

"Awak tetap Ariana Rose yang paling cantik.

"Persetankan mulut orang ye.

"Thats okay girl you do you we do us and also who tf are these people..like hell i’m here grateful that we’re still alive not being suicidal in this crazy time.

"It’s powerful to see someone embrace themselves fully. That kind of self-love is rare & inspiring," komen beberapa warganet.

Must-Watch Video

Advertisement