Skip to main content

Hiburan

Tak ‘Bossy’ & Diva, Individu Kongsi Pengalaman Kakak Bekerja Dengan Neelofa - “Dia Cakap Neelofa Ini Memang Sangat…”

ASTROGEMPAK Neelofa

Sekilas

  • Kakak individu ini pernah bekerja dengan Neelofa dan menggambarkan Neelofa sebagai seorang yang sangat rajin dan komited dalam bisnes.
  • Neelofa suka memasak untuk stafnya dan sentiasa bertenaga serta meluangkan masa beribadat selepas kerja.
  • Kakaknya tidak menganggap Neelofa sebagai bossy atau diva, sebaliknya menghormati ketegasan dan pandangan bernasnya dalam kerja.

Seorang individu menerusi hantaran di Threads berkongsi pengalaman kakaknya yang pernah bekerja dengan selebriti dan usahawan, Neelofa.

 

Menurut individu tersebut, kakaknya menyifatkan Neelofa sebagai seorang yang sangat rajin serta sentiasa komited dalam setiap perkara yang dilakukan, khususnya dalam dunia perniagaan.

 

“Kakak saya pernah kerja dengan Neelofa. Dia cakap Neelofa ini memang sangat rajin. Apa saja bisnes yang dia nak ceburi, semuanya dia akan cuba, kaji dan lalui proses trial and error.

 

“Kalau ada masa sebelum pergi pejabat, dia akan masak banyak-banyak di rumah. Lepas itu bila sampai pejabat, dia akan agihkan makanan tersebut kepada staf.

 

“Selepas habis kerja pula, dia balik rumah dan luangkan masa untuk beribadat. Sebab itu staf dia selalu datang ke rumah memandangkan lokasi rumahnya tak jauh dari pejabat.

 

“Kalau di pejabat pun, dia sentiasa nampak bertenaga. Sekarang kakak saya dah kerja di tempat lain, tapi dia masih sentiasa ingat Neelofa,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, individu berkenaan turut berkata kakaknya tidak pernah menganggap Neelofa sebagai seorang yang bossy atau diva, sebaliknya sangat menghormati ketegasan figura berkenaan.

 

“Ya, kakak saya cakap Neelofa memang seorang yang opinionated. Apa saja pandangan dia, memang bernas dan dia juga sangat tegas dengan setiap keputusan yang dibuat.

 

“Kakak saya pun jenis orang yang sama, jadi dia tak pernah label Neelofa sebagai bossy atau diva. Dia faham kerana hasil kerja Neelofa sentiasa tiptop.

 

“Jadi setiap pendapat yang diberikan memang bagus, bukan sebab dia diva. Kalau kerja huru-hara tapi nak bossy tak tentu arah, barulah itu namanya masalah,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

hygr Mochi Cleansing Powder

hygr Mochi Cleansing Powder

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

L'Occitane Almond Delicious Soap (50g)

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must-Watch Video

Advertisement