Impian untuk muncul dalam filem blockbuster akhirnya menjadi kenyataan buat pelanggan setia Kopi WONDA melalui inisiatif eksklusif 'Golden Ticket' yang dilancarkan sempena jualan istimewa Constable Pack di Rumah Oren Etika.
Dengan hanya perbelanjaan minimum sebanyak RM15, pelanggan bukan sahaja menikmati keenakan Kopi WONDA, malah turut berpeluang menjadi sebahagian daripada dunia aksi terkenal francais Polis Evo tanpa perlu melalui sebarang proses uji bakat!
Advertisement
Peluang luar biasa ini ditawarkan kepada semua yang membeli pek khas ini dari 13 hingga 28 September 2025 lalu.
Menariknya, penyertaan diterima dalam bentuk cabutan bertuah, dan keputusan pemilihan adalah muktamad.
Respon daripada peminat Kopi WONDA sangat menggalakkan, ada yang membeli sehingga 30 set Constable Pack, membuktikan betapa kuatnya sokongan terhadap jenama dan kempen ini.
Terdapat juga pembeli yang meraih sehingga 5 set dan 2 set, menunjukkan semangat luar biasa dalam merebut peluang ini.
Kempen 'Golden Ticket'' ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kopi WONDA dalam menghargai pelanggan dengan memberi pengalaman unik yang tidak dapat dibeli dengan wang, penampilan dalam filem ternama negara!
Dengan ini, Kopi WONDA mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menyertai dan terutama sekali kepada pemenang bertuah.
Nantikan detik bersejarah di layar perak bersama Polis Evo.