Skip to main content

Hiburan

Syukur Bella Astillah & Syed Saddiq Dah Bertunang, Didi Astillah Lega Tak Perlu Simpan Rahsia Lagi - “Saya Bangga Dengan…”

Astrogempak Syed Saddiq (8)

Pelakon, Didi Astillah meluahkan rasa syukur selepas kakaknya, Bella Astillah melangkah ke fasa pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketika ditemui Gempak, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, mengakui dirinya antara individu terawal yang mengetahui mengenai hubungan tersebut sebelum ia diumumkan kepada umum.

“Alhamdulillah memang happylah kan jawapan dia. Dan also lega sebab tak perlu simpan-simpan rahsia dah. 

“Ah... ya. Sebab yelah, Didi dengan Kak Bella adik-beradik kan, so dia dah share lah. And bila tahu, Didi macam of course happy sangat. And then... Didi bangga dengan Kak Bella,”katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Didi turut meluahkan rasa bangga terhadap kakaknya yang disifatkan sebagai seorang wanita kuat dan tidak pernah berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

"Pertama sekali mestilah saya rasa bangga. Of course bangga sangat-sangat dengan Kak Bella dan terima kasih dekat Kak Long juga sebab dia tak pernah give up, tak pernah putus asa dari dulu dalam setiap apa yang dia hadapi. 

“Dan saya percaya apa yang dia share dekat saya which is dia cakap... 'selalu sabar, insya-Allah Allah selalu ada dengan kita'. And apa yang Didi nampak dia cakap tu sebab dia buat. And dia layak dapat kebahagiaan yang selayaknyalah yang macam dia dapat sekarang. Didi doakan sampai ke jinjang pelamin untuk Kak Long dan juga Abang Saddiq,” tambahnya. 

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis penuh sederhana yang dihadiri sahabat baik dan keluarga terdekat. 

Bella yang juga seorang penyanyi tampil anggun dengan menggayakan busana berwarna sage green  rekaan Atelia Amani.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Must-Watch Video

Advertisement