Skip to main content

Selebriti

Syafie Naswip ‘Naik Berat’ Di Set Gayong 2, Dedah Nabila Huda Rajin Memasak - “Pantang Bila Tiba Waktu Rehat, Kak Abil Masak”

Syafie Naswip Nabila Huda

Sekilas

  • Pelakon Syafie Naswip mengakui berat badannya naik semasa penggambaran filem Gayong 2 kerana suasana set yang penuh dengan juadah lazat hasil masakan Nabila Huda.
  • Syafie dan kru sering menikmati pelbagai hidangan seperti masak lemak cili api dan nasi goreng, termasuk waktu 'supper' tengah malam di set penggambaran.
  • Filem Gayong 2 yang turut dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Nabila Huda akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 April 2026.

Pelakon, Syafie Naswip mengakui berat badannya naik ketika menjalani penggambaran filem Gayong 2, gara-gara suasana di set yang dipenuhi dengan pelbagai juadah lazat.

Menariknya lagi, Syafie mendedahkan punca di sebalik hidangan lazat itu adalah disebabkan oleh aktres Nabila Huda yang sering memasak untuk mereka setiap kali waktu rehat.

“Dekat set penggambaran, pantang bila tiba waktu rehat, Nabila Huda tak habis habis memasak untuk kami.

“Kadang-kadang masak lemak cili api, nasi goreng, pelbagai makanan. Kemudian saya pun bila di set, memasak juga.

“Jadi bila tengah malam, orang panggil waktu ‘supper’ lah, pelbagai makanan ada. Sebab itu ada sedikit perbezaan beza semasa filem Gayong yang pertama dan Gayong 2,” jelasnya.

Syafie berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Filem Gayong 2 bertempat di TGV, One Utama, Damansara pada Rabu.

Namun kata Syafie, walaupun berdepan perubahan fizikal, tetapi melihat perkara tersebut sebagai sebahagian daripada proses menjayakan watak dan pengalaman berharga sepanjang pembikinan filem tersebut.

“Untuk Gayong 2 ini saya nampak lebih bulat sedikit, tetapi bila difikirkan kembali, saya cakap pada isteri, tak mengapa, mungkin inilah yang Tuhan mahukan untuk watak ini.

“Sebab itulah Tuhan beri Nabila memasak untuk beri kami semua makan,” ujarnya.

Selain Syafie, Gayong 2 dibintangi oleh Beto Kusyairy,  Nabila Huda, Fauzie Laily, Bobby Tonelli, Rabbit Chen, Hana Aqeela dan Ayez Shaukat.

Filem Gayong 2 terbitan SOL Pictures Sdn Bhd ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 9 April 2026.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement