Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa syukur kerana menerima seorang suami yang sangat-sangat memahami sikapnya dan dapat menerima kekurangan diri dengan hati terbuka.
Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, suaminya iaitu Ubai MZ banyak membantu dalam melaksanakan kerja rumah terutama melipat pakaian.
“Ubai dah tahu Sha memang tak suka lipat baju, tapi Alhamdulillah dia terima kekurangan Sha.
Dulu kalau kena lipat baju, duduk depan TV tiga jam pun tak habis-habis.
“Kalau Ubai lipat, sekejap je settle. Lepas tu semua sama saiz lipatan dia,”katanya.
Advertisement

Pelantun lagu Patah Seribu itu turut mengajak pengikutnya di media sosial berkongsi pendapat tentang kerja rumah yang paling mereka malas lakukan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersependapat dengan Shila malah mereka juga berkongsi suami yang banyak membantu dalam melaksanakan kerja rumah tersebut.


Sekadar info, Shila dan Ubai selamat diijabkabulkan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2023.
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami Haris Edraki.