Skip to main content

Hiburan

Sophia Albarakbah Serah Telefon Kepada Peguam, Trauma Nak Buka DM Selepas Jadi Mangsa Gangguan Seksual - “Terlalu Banyak Sampai Saya…

Sophia Trauma

Pelakon, Sophia Albarakbah akui tidak membuka ruagan mesej di sosial media selepas menjadi mangsa siber buli dan gangguan seksual.

Menurut Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman sebarang mesej yang diterima daripada individu tidak dikenali akan diberikan kepada peguamnya untuk membuat semakan.

“Sejujurnya selepas semua ini berlaku saya jadi trauma untuk buka DM di Instagram. Sampai sekarang sama ada mesej yang baik atau jahar memang saya tak berani nak buka.

“Terlalu banyak DM sampai saya takut nak baca, saya bagi telefon saya kepada peguam sahaja untuk periksa,” katanya kepada Gempak.

Ketika ditanya sama ada pihak yang pernah mengganggunya sudah memohon maaf, Sophia berkata dia sendiri tidak pasti kerana tidak membaca mesej tersebut.

“Saya tak tahu, mungkin ada yang sudah minta maaf tapi saya tak baca, saya minta maaf juga tapi peguam ada maklumkan ada beberapa individu yang menghantar DM kepada mereka selepas tidak dapat menghubungi saya dan meminta maaf. 

Dalam pada itu, Sophia juga menghargai mana-mana pihak yang sudah tampil memohon maaf atas kesalahan lalu dan menganggap perkara itu sebagai satu tindakan yang baik. 

Advertisement


Pada 9 Ogos lalu Sophia tampil membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menjadi mangsa buli siber dan menerima gangguan seksual berupa mesej jelik di Instagram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Sophia juga baharu sahaja hadir dengan lakonan terbaharunya menerusi filem Abu Si Raksasa. 

Selain Sophia filem yang diarahkan oleh Ramdan Che Hassan turut menampilkan barisan pelakon popular
seperti Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Afieq Shazwan, Azhar Sulaiman dan Maria Farida.

Filem Abu Si Raksasa bakal menemui penonton dan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11 September 2025.

Must-Watch Video