Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada Khamis.
Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi hantaran di Threads.
"Guys, kawan saya nampak Siti Nurhaliza tepi highway ni. Kereta dia remuk. Harap Siti dan orang-orang dalam kereta tu okay, risau weh," kongsi pengguna media sosial tersebut.
Malah ada juga pengguna media sosial yang berkongsi foto pelantun lagu Kesuma itu bersama pembantunya.
Menerusi hantaran itu juga difahamkan Siti baru sahaja pulang daripada sebuah majlis di Sepang.
Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen mendoakan agar Siti dan individu yang berada bersamanya dalam keadaan selamat.
Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dan perkembangan semasa daripada pihak Siti Nurhaliza melalui pengurusnya Rozi Abdul Razak
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram Stories, penyanyi tersebut sempat meluahkan rasa syukur tetapi tidak berkongsi lanjut sebarang maklumat mengenai kemalangan tersebut.