Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Terharu Lihat Peminat Sanggup ‘Battle’ Beli Tiket Konsert Tradisional Gema Bumantara - “Nak Menangis Pun Ada..”

Astro Gempak 236

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu melihat peminat sanggup berperang mendapatkan tiket Konsert Tradisional Gema Bumantara pada 17 Oktober di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi usaha memperkasakan warisan muzik tradisional Malaysia dan melibatkan lebih 200 tenaga kerja profesional.
  • Siti berjanji akan memberikan persembahan terbaik sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu peminat yang terus menyokongnya.

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui terharu sehingga hampir menitiskan air mata apabila melihat kesungguhan peminat yang sanggup ‘berperang’ atau battle bagi mendapatkan tiket Konsert Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Menurut Siti, sokongan luar biasa yang diterima membuatkan dia berasa lebih bertanggungjawab untuk memberikan persembahan terbaik kepada semua peminat.

“Saya rasa terharu, nak menangis pun ada, kelakar pun ada bila tengok peminat ‘battle’ beli tiket.

“Kita ada buat cabaran, peminat pun rakam reaksi mereka ketika berebut tiket. Saya sempat tengok di Threads, ada yang yakin sangat tetapi akhirnya kena tolak (reject), jadi memang suspens dan mendebarkan,” katanya.

Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran single Bahasa Mandarin sulungnya bersama Firdhaus berjudul Be Like Water di Menara Kuala Lumpur.

Pelantun lagu Cindai itu berkata, dia tidak pernah menyangka peminat masih memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap setiap penganjuran konsertnya.

“Saya rasa terharu kerana rakyat Malaysia dan peminat saya tak pernah berhenti memberi sokongan.

“Bila tengok kesungguhan mereka menyimpan duit semata-mata nak beli tiket konsert saya, saya tak boleh hampakan mereka. Saya akan buat yang terbaik,” ujarnya.

Dalam masa sama, Siti menyifatkan penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, sebaliknya satu usaha memperkasakan warisan muzik tradisional negara.

“Ini juga satu sumbangan kepada budaya Malaysia. Saya nak tunjukkan walaupun kita menyanyikan lagu tradisional, ia tetap boleh dipersembahkan pada tahap yang tinggi.

“Saya harap Tourism Malaysia juga boleh berbangga dengan usaha saya dan pasukan kerana konsert ini bukan untuk diri saya seorang.

“Saya ada lebih 200 orang tenaga kerja profesional yang bersama-sama menjayakan konsert ini,” katanya.

Terdahulu, Siti mengumumkan bakal mengadakan Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Selain meraikan peminat, konsert berkenaan bertujuan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan dan dihargai merentas generasi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement