Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Tegur Tindakan Individu Kongsi Video Pembikinan Pentas Konsert - “Semua Yang Tengok Video Ni…”

Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kurang senang terhadap video TikTok yang memaparkan pentas konsertnya yang belum siap sepenuhnya.
  • Siti menegaskan video tersebut boleh mencetuskan spekulasi dan berharap peminat tidak membuat andaian awal.
  • Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari ini dijangka dihadiri lebih 65,000 peminat dan tiket telah habis terjual.

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kurang senang terhadap hantaran yang dimuat naik seorang individu di TikTok.

Menerusi perkongsian yang tular, individu berkenaan dilihat memuat naik video memaparkan keadaaan pentas yang belum siap sepenuhnya bersempena Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Passion, Sincere and Love yang bakal diadakan di 10 Januari ini.

Hantaran itu kemudiannya mendapat respon daripada Siti yang beranggapan video tersebut boleh mencetuskan pelbagai spekulasi sedangkan pentas konsert tersebut masih dalam proses pembinaan.

Justeru, pelantun lagu Wajah Kekasih itu berharap agar peminatnya tidak membuat andaian berdasarkan rakaman yang tular tersebut.

“Ni yang saya marah bila suka-suka masuk dan buat video.

“Semua belum siap dan yang tengok video ini pun tidak perlu buat penilaian awal ya,” ujar Siti.

Sekadar info, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengadakan konsert bersempena 30 tahun penglibatannya dalam industri.

Tiket konsert yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dikhabarkan telah pun habis terjual dan dijangka akan dibanjiri lebih 65,000 peminat.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must-Watch Video

Advertisement