Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Dilantik Profesor Adjung UiTM

dfdv

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi tersohor negara itu menerusi satu hantaran di media sosial miliknya hari ini.

Advertisement

“Terima kasih kepada UiTM di atas pelantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,” tulisnya ringkas.

Pelantikan rasmi disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, dalam satu majlis yang diadakan di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi universiti, wakil Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) selaku fakulti pengusul pelantikan, serta wakil industri.

Pelantikan itu merupakan pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan besar Siti Nurhaliza, bukan hanya sebagai ikon seni negara, tetapi juga sebagai usahawan wanita berjaya yang mampu menggabungkan kreativiti, integriti dan inovasi dalam membina empayar perniagaannya sendiri.

 

Sumber: Thread

Must-Watch Video

Advertisement