Skip to main content

Selebriti

Sissy Imann Akui Kehidupan Berubah, Kongsi Rutin Baru Lepas Kahwin Dengan Dr Zamir - “‘Cut Sugar’, Makan Telur Setiap Hari”

Sissy Imann suami

Sekilas

  • Sissy Imann berkongsi perubahan gaya hidup dan pemakanan lebih sihat selepas berkahwin dengan Dr Zamir Hilman.
  • Dia perlu mengelakkan gula dan tepung serta mengamalkan makan telur setiap hari atas nasihat suaminya yang juga seorang doktor.

     

Penyanyi, Sissy Imann mengakui ada beberapa perubahan yang berlaku dalam kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga bersama Dr Zamir Hilman.

Menerusi satu temu bual yang dimuat naik di platform Instagram ERA Sarawak, Sissy berkongsi rutin harian baharu yang diamalkannya termasuklah dari segi pemakanan dan gaya hidup lebih sihat.

Menurut Sissy, terdapat beberapa perkara yang kini perlu dielakkan atas faktor kesihatan serta nasihat suaminya yang juga seorang doktor

“Kalau di rumah memang ada beberapa perkara yang saya tidak dibenarkan buat antaranya saya memang cut sugar.

“Kemudian saya adalah beberapa kondisi yang memerlukan saya untuk cut tepung dan sebagainya. Telur pula jangan cerita, setiap hari kena makan telur,” kongsinya.

Dalam pada itu, Sissy juga turut berkongsi sisi menarik mengenai suaminya yang dikenali dalam kalangan pesakit sebagai ‘doktor telur’ kerana sering mengesyorkan pengambilan telur dalam diet harian.

“Fun fact, untuk pesakit yang mengenali doktor Zamir ini memang mereka panggil dia doktor telur.

“Mula-mula saya terkejut, ialah pagi pagi nak buat sarapan, kita ingat nak tunjuk skill, nak masak nasi goreng ke, nasik lemak ke tetapi dia nak telur sahaja.

“Tapi telur empat biji, enam biji, banyak. Tetapi selalunya dia minta telur separuh masak tapi senang lah untuk kita,” ujarnya.

Terdahulu, Sissy melangsungkan pernikahan dengan Dr Zamir pada 12 Disember lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sumber: Instagram @erasarawak

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement