Skip to main content

Hiburan

Shuib Teruja & Bangga, Thalita Raih 92 Peratus Untuk Peperiksaan Matematik - “Anak Pandai Daddy…”

ASTROGEMPAK Shuib

Sekilas

  • Pelawak dan usahawan Shuib berkongsi kegembiraan apabila anak perempuannya, Thalita, mendapat markah 92 peratus dalam Matematik.
  • Video di Threads menunjukkan Thalita memperlihatkan keputusan peperiksaannya kepada Shuib yang memuji pencapaian anaknya itu.
  • Netizen memuji kecemerlangan Thalita dan cara Shuib mendidik serta melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Pelawak dan usahawan Shuib meluahkan rasa teruja apabila anak perempuannya, Thalita, berjaya memperoleh markah cemerlang sebanyak 92 peratus bagi mata pelajaran Matematik.

 

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Thalita dilihat menunjukkan keputusan peperiksaan Matematiknya kepada Shuib sebelum menerima pujian manis daripada bapanya.

 

“Thalita anak pandai daddy,” tulisnya ringkas.

 

Perkongsian tersebut menyentuh hati ramai wargamaya yang turut tumpang gembira dengan pencapaian Thalita.

 

Rata-rata netizen bukan sahaja memuji kecemerlangan Thalita, malah turut menzahirkan rasa kagum melihat cara Shuib melayan dan mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

 

“Shuib ni memang best tengok dia layan anak-anak… tak sama langsung dengan cara dia dengan kawan-kawan. Even depan orang pun dia tetap macam itu, jaga family elok-elok dunia akhirat ye Shuib.

 

“Saya suka cara Shuib cakap dengan anak perempuan dia.

 

“Cantik, berbakat dan pandai!” tulis beberapa netizen.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement