Ringkasan AI
- Shuib berkongsi foto terbaru di Instagram yang memaparkan isterinya, Watie Hanifiah, tidur sambil memegang perutnya yang kelihatan seperti baby bump.
- Caption Shuib menyatakan Watie kini lebih suka duduk sebelah dan tidur berbanding memandu seperti dulu.
- Balasan Watie pada hantaran itu menimbulkan spekulasi bahawa dia mungkin sedang hamil.
- Walaupun belum ada pengesahan rasmi, netizen memberikan kata-kata positif dan doa untuk Watie di ruangan komen.
- Sebelum ini Watie pernah mengalami keguguran pada Mei lalu.
Hantaran terbaharu pelawak, Shuib di Instagram bersama isterinya, Watie Hanifiah mendapat perhatian netizen.
Foto tersebut merakamkan Watie sedang tidur lena di dalam kereta sambil memegang perutnya yang kelihatan seperti ‘baby bump’.
“Dulu dia lah terpaling rajin bawa kereta, sekarang dia lebih suka duduk sebelah dan tidur. Love you mummy,” tulis Shuib.
Selain pertunya yang kelihatan semakin membesar, ayat Watie yang membalas hantaran Shuib itu juga turut mencetuskan spekulasi netizen bahawa dia kini mungkin berbadan dua.
“Daddy, macam gini je dia bocorkan,” tulis Watie.
Walaupun belum disahkan oleh mana-mana pihak, namun ruangan komen hantaran itu sudah mula dihujani dengan kata-kata positif yang mendoakan Watie.
Terdahulu, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Namun, Watie berkongsi khabar duka selepas mengalami keguguran ketika kandungannya berusia beberapa bulan sekitar Mei lalu.