Sekilas
- Shiha Zikir menegur sikap seorang pelatih industri di syarikatnya yang tidak profesional dan kurang disiplin kerja.
- Pelatih tersebut sering lambat, masuk pejabat lewat, dan tidak membalas WhatsApp atau panggilan kerja.
- Pelatih gagal memberikan laporan kerja, mengaku burn out pada hari ketiga, dan hilang tanpa khabar.
Penyanyi Shiha Zikir menegur sikap seorang pelatih industri (intern) di syarikatnya yang disifatkan tidak profesional serta mengambil mudah soal disiplin kerja.
Menurut Shiha, sepanjang menguruskan syarikat, inilah pengalaman pertamanya berdepan pelatih yang bermasalah dari segi komitmen dan etika.
“Sepanjang ada syarikat, ini pertama kali dapat intern yang selalu lambat, ambil kunci pejabat cakap nak datang pagi tapi masuk petang.
“Masuk bilik CEO sesuka hati, staf lain kena menunggu dia, WhatsApp tak balas, call tak berjawab. Selalu tanya ‘dah boleh balik belum?’.” kongsinya.
Tambahnya lagi, pelatih tersebut juga tidak memberikan sebarang laporan kerja dan gagal menunjukkan kesungguhan untuk belajar.
“Tak ada update, hari ketiga cakap burn out dan terus MIA (hilang). Minta ampun nak cakap yang sistur is TAK BEKENAN perangai macam ini,” katanya.
Sumber - Threads