Skip to main content

Hiburan

Sharina Richie Dakwa Dibuli Anak Aaron Aziz, Kena Ugut Saman Juta-Juta! - “Saya Dah Minta Maaf Secara Terbuka Tapi…”

fbd

Pempengaruh media sosial, Sharina Richie mendakwa dirinya menjadi mangsa buli siber oleh anak kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, iaitu Dwi Ariana.

Menurut Sharina, meskipun telah membuat permohonan maaf secara terbuka, dia tetap terus menerima kecaman dan ugutan daripada pihak terbabit.

Advertisement

 

 “Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan buli yang ditujukan kepada Datuk Aaron Aziz dan keluarganya.

 

“Namun saya juga tidak akan berdiam diri atas ugutan dan kecaman ke atas saya yang bermula daripada salah faham yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.

Sharina turut menjelaskan bahawa permohonan maafnya diperlekehkan dan dijadikan bahan jenaka oleh Dwi Ariana.

“Saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka namun ia dijadikan bahan buli oleh Dwi Ariana,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, pihak Sharina mendakwa ibu kepada pempengaruh itu turut dihubungi seorang peguam yang meminta maklumat peribadinya serta menakut-nakutkan dengan ancaman saman fitnah bernilai jutaan ringgit.

“Ada pihak peguam yang meminta maklumat peribadi daripada ibu anak guam kami.

“Tindakan itu tidak profesional dan tidak beretika. Ibu kepada anak guam kami juga ditakut-takutkan oleh pihak sana,” jelas wakil Sharina.

Sebelum ini, Sharina menerima kecaman selepas memuat naik rakaman video komen Aaron Aziz mengenai isu pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Namun, video tersebut telah dipadam dan Sharina tampil memohon maaf, sementara Aaron menjelaskan kenyataannya itu telah diambil di luar konteks sebenar.

Must-Watch Video

Advertisement