Skip to main content

Hiburan

Sharifah Shahora Dedah Sebab Drama Curang Terus Mendominasi TV - “Rating Tinggi Dik…”

ASTROGEMPAK SharifahShahora

Sekilas

  • Sharifah Shahora kongsi sebab drama kecurangan dan ‘sondol-menyondol’ masih popular sebab rating tinggi dan penonton suka tengok.
  • Dia ajak orang ramai beri cadangan jenis drama lain yang mereka nak tengok di kaca TV selain drama dan filem biasa.
  • Penyanyi Zarul Umbrella cadang drama tentang pramugara/pramugari atau jenayah, tapi Shahora kata keganasan melampau susah nak tayang kat TV.

Pelakon dan penerbit Sharifah Shahora tampil memberikan pandangannya mengenai lambakan drama bertemakan kecurangan dan ‘sondol-menyondol’ yang sering menjadi pilihan siaran televisyen.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Shahora menjelaskan genre tersebut terus mendapat tempat kerana sambutan yang tinggi daripada penonton.

 

“Kita jumpa ramai tanya kenapa banyak sangat drama sondol menyondol kat TV sekarang. Rating tinggi dik… penonton suka,” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Shahora turut membuka ruang kepada orang ramai untuk berkongsi idea atau cadangan mengenai jenis drama yang ingin ditonton di kaca TV.

 

“Kalau korang ada idea boleh cadangkan drama apa yang korang nak tengok kat TV? Drama TV dan filem kat panggung lain ya. Ada yang tak tahu kan,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, penyanyi Zarul Umbrella berkata kisah asam garam pramugara dan pramugari atau kes melibatkan jenayah, pembunuhan serta rompakan juga menarik untuk dijadikan sebuah drama. 

 

Bagaimanapun Shahora berkata genre melibatkan keganasan yang melampau sukar untuk ditayangkan di kaca TV. 

 

“Kalau kat TV keganasan yang melampau tak boleh tunjuk. Sebab tu kalau ada boleh yang lite lite saja. Tu tak real,” balasnya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement