Skip to main content

Hiburan

Nafi ‘Kerah’ Suami Bekerja & Berniaga, Isteri Aman Graseka Tampil Pertahankan Diri - “Dia Bukan Dipaksa Tapi…”

ASTROGEMPAK Aman Graseka

Sekilas

  • Reena Arina menafikan dakwaan bahawa dia memaksa suaminya, Aman Graseka, yang sedang uzur untuk bekerja dan berniaga.
  • Aman sendiri memilih untuk menemani Reena berniaga sebagai sokongan moral dan untuk elak persepsi negatif masyarakat.
  • Reena menegaskan Aman mendapat rehat mencukupi dan dia yang menguruskan kerja berat, sementara Aman hanya membantu sedikit sahaja.

Isteri kepada pelakon Aman Graseka iaitu Reena Arina tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kononnya dia memaksa suaminya yang sedang uzur untuk bekerja dan berniaga. 

 

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Reena menegaskan segala tuduhan terhadapnya itu tidak berasas memandangkan suaminya sendiri memilih untuk menemaninya berniaga.  

 

"Dia bukan dipaksa, dia sendiri mahu temankan saya berniaga. Kerja memasak dan semua urusan lain saya buat bersama mak dan keluarga. 

 

“Abang Aman hanya risau saya keluar berniaga seorang diri, jadi dia temankan. Saya tak boleh buka payung, dia tolong buka payung. 

 

“Dia susun makanan sedikit sebanyak sahaja, bukannya angkat kayu balak pun," jelasnya. 

 

Reena juga meluahkan rasa terkilan apabila wujud dakwaan kononnya suaminya tidak mendapat rehat secukupnya sehingga terpaksa bekerja dalam keadaan diri kurang sihat.

 

Jelas Reena, Aman yang menghidap diabetes sendiri mahu berada di sisinya bagi memberi sokongan moral serta mengelakkan persepsi negatif masyarakat.

 

"Dia sendiri risau kalau orang kata dia ada isteri tetapi biar isteri berniaga seorang diri. Dia tak mahu orang tuduh dia makan hasil titik peluh saya.

 

"Jadi dia pilih untuk temankan saya, bukan sebab dipaksa," jelasnya.

 

Reena turut menafikan dakwaan mengatakan dia mengerah suaminya sehingga tidak mendapat rehat mencukupi, termasuk membangunkan Aman pada waktu pagi untuk ke pasar.

 

"Dia bukan tak cukup tidur. Kalau saya ke pasar, saya pergi seorang diri. Saya tak kejut dia, saya bagi dia rehat cukup sebab dia perlu memandu.

 

"Waktu malam pula saya yang memandu. Dia pun tak larat nak buat kerja berat, jadi saya yang uruskan," katanya.

 

Mengulas isu usia dan keadaan kesihatan suaminya, Reena berkata, seseorang tidak seharusnya berhenti berusaha selagi masih mampu mencari rezeki.

 

"Tak kira umur berapa pun, kalau Allah nak uji dengan sakit, Dia akan uji juga. Hidup mesti diteruskan. Di kampung saya pun ramai yang masih bekerja walaupun sudah berusia. Kita tak boleh bergantung sepenuhnya kepada anak-anak," katanya.

 

Sebelum ini, Reena berkongsi keadaan Aman yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selepas mengalami batuk, demam dan sakit kepala, selain disyaki mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

 

Isu itu turut menjadi perhatian selepas anak Aman, Nurul Dayini Ashiqah, meluahkan rasa tidak puas hati di Threads mendakwa bapanya dipaksa bekerja meskipun sedang sakit teruk.

 

Untuk rekod, Nurul Dayini ialah anak Aman bersama bekas isterinya, penyanyi Mas Idayu.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

(Refine by Lovito) Cute Dress Plaid Tie Front Smocked Summer/Spring Dress for Women LR2AD007 (Refine by Lovito) Gaun Comel Bertali Kotak-kotak Di Bahagian Depan Gaun Musim Panas/musim Bunga Untuk Wanita LR2AD007

(Refine by Lovito) Cute Dress Plaid Tie Front Smocked Summer/Spring Dress for Women LR2AD007 (Refine by Lovito) Gaun Comel Bertali Kotak-kotak Di Bahagian Depan Gaun Musim Panas/musim Bunga Untuk Wanita LR2AD007

💥💥Jeans BOOTCUT 💥Stretchable [Ready Stock]🔥

💥💥Jeans BOOTCUT 💥Stretchable [Ready Stock]🔥

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Must Watch Video

Advertisement