Skip to main content

Viral

Harap Isteri Boleh Hidup Semula, Lelaki Mandi & Tukar Baju Mayat Lepas B*nuh

Astro Gempak isteri hidup

Sekilas

  • Seorang lelaki di Sulawesi Tenggara ditahan selepas membunuh isterinya yang berusia 24 tahun dengan memukul dan mendera sehingga mati.
  • Mangsa ditemui dengan kesan luka dan lebam di seluruh badan, manakala suspek cuba memandikan dan menukar pakaian mangsa dengan harapan dia akan hidup semula.
  • Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu dan tuduhan hubungan sulit, dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut.

Seorang lelaki bertindak kejam apabila membunuh isterinya dengan cara memukul dan mendera sebelum berjaya ditahan pihak berkuasa tempatan selepas jenayah tersebut dilakukan hujung Mei lalu.

Insiden yang berlaku di Sulawesi Tenggara itu menyaksikan wanita berusia 24 tahun ditemui sudah tidak bernyawa oleh pihak berkuasa dan penduduk kampung di kediaman mereka.

Menerusi kronologi kes, suspek yang merupakan suami kepada wanita malang itu memukul berulang kali dan menyeksa waktu itu sebelum dia maut. Lelaki berusia 28 tahun itu  dipercayai memukul dan memijak terutama pada bahagian tangan mangsa sehingga dia tidak mampu bergerak.

Selain wajahnya ditemui dengan kesan luka, sebahagian badan mangsa juga lebam dipercayai akibat kesan dipukul dan didera.

Pihak berkuasa tempatan juga mendedahkan suspek sempat memandikan dan menukar pakaian suspek yang sudah meninggal dunia dengan harapan wanita itu ‘akan hidup semula’.

“Setelah sedar isterinya sudah tidak bernyawa, dia berusaha ‘menghidupkan’ wanita itu.

“Suspek  mengaku sempat membersihkan (mandi) mangsa dan berharap dia masih  hidup kembali," ujar wakil pihak berkuasa kepada media.

Suspek memukul dan mendera mangsa sehingga mati kerana dipercayai cemburu dan menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor Detik.com. Bagaimanapun pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut terhadap jenayah yang berlaku.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement