Skip to main content

Hiburan

“Setelah Cerai, Aku Sedar Bahawa…” - Zehra Zambri

Zehra Zambir

Sekilas

  • Zehra Zambri berkongsi di Threads bahawa perceraiannya pada Ogos tahun lalu mengubah cara fikirnya, menekankan nilai kewarasan lebih penting daripada status perkahwinan.
  • Majlis Tahkim memutuskan tiada persefahaman antara Zehra dan bekas suaminya, Iqwan, lalu mereka sah bercerai talak satu pada 20 Ogos 2025.
  • Zehra dan Iqwan berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun, Zahiyah Iqleela.

Penyanyi, Zehra Zambri menyorot perhatian menerusi satu ciapan yang dibuatnya di platform Threads.

Menurut Zehra, perceraiannya bersama bekas suami yang berlaku pada Ogos tahun lalu telah banyak mengubah caranya berfikir.

Ujar Zehra, dia mula sedar bahawa nilai kewarasan seseorang itu lebih mahal berbanding status perkahwinan.

“Aku kehilangan pasangan dan setelah cerai, aku sedar waras itu jauh lebih mahal dari status,” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan luahan Zehra.

Pada 13 Ogos 2025, Majlis Tahkim memutuskan tiada persefahaman antara kedua-dua mereka dan diputuskan untuk bercerai. 

Mahkamah Syariah Hulu Langat kemudian terpaksa menangguh proses lafaz talak disebabkan Zehra berada dalam keadaan tidak suci dan menetapkan 20 Ogos sebagai tarikh baharu.

Pasangan ini kemudiannya sah bercerai talak satu pada tarikh yang sama.

Untuk rekod, Zehra dan Iqwan berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Threads Zehra Zambri

Must-Watch Video

Advertisement